English | Bahasa Malaysia
 
Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Hong Leong Connect
Untuk Perkhidmatan-perkhidmatan Perbankan Digital Penggunaan Peribadi dan akses anda kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Perbankan Digital Hong Leong Connect (“Connect”) adalah tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat berikut.
 
1.0 Am
Terma-terma dan Syarat-syarat ini terpakai untuk semua perkhidmatan Connect yang disokong oleh perbankan dalam talian kepada aplikasi pada peranti elektronik pegang tangan seperti telefon pintar dan/atau tablet yang disediakan oleh Hong Leong Bank Berhad (“HLBB”) atau Hong Leong Islamic Bank Berhad (“HLISB”) kepada para pelanggannya yang layak.
 
2.0 Definisi-definisi dan Tafsiran
2.1. Definisi
Terma-terma dan ungkapan-ungkapan berikut mempunyai maksud-maksud yang ditentukan kepada mereka kecuali apabila konteksnya menentukan sebaliknya:-

“Akaun” bermaksud akaun bank atau akaun-akaun (termasuk akaun kad kredit dan pinjaman/pembiayaan) yang anda ada atau mungkin ada dengan HLBB/HLISB yang dipaut pada Connect pada bila-bila masa dan daripada masa ke semasa dan Akaun-akaun hendaklah merujuk pada satu atau lebih akaun-akaun sebagaimana yang dikehendaki oleh konteks.

“Ahli Gabungan” bermaksud mana-mana entiti, syarikat, perbadanan atau institusi yang boleh menawarkan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, kandungan atau maklumat mengenai Connect dari semasa ke semasa.

“Arahan-arahan” bermaksud sebarang arahan yang diberi oleh anda kepada HLBB/HLISB menggunakan Kod-kod Keselamatan melalui Connect atau melalui mana-mana Saluran Komunikasi Yang Dibenarkan.

“ATM” bermaksud mesin juruwang automatik, iaitu terminal elektronik yang dipasang oleh HLBB/HLISB atau mana-mana ahli Konsortium MEPS untuk anda melaksanakan transaksi perbankan anda. Ia menerima Kad ATM/Debit atau mana-mana kad lain yang diluluskan untuk penggunaan melalui ATM oleh HLBB/HLISB.

Connect Online” bermaksud perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh HLBB/HLISB untuk membolehkan anda melaksanakan Terma-terma dan Syarat-syarat ini menggunakan terminal komputer peribadi atau mana-mana peranti elektronik melalui browser internet dengan Kod Keselamatan; dan termasuk perkhidmatan yang ditambah, dipelbagaikan atau ditarik balik oleh HLBB/HLISB pada bila-bila masa, dan dari masa ke semasa.

Connect Mobile” bermaksud perkhidmatan aplikasi perbankan mudah alih yang disediakan oleh HLBB/HLISB untuk membolehkan anda memuat turun ke dalam telefon pintar atau peranti elektronik anda yang lain (jika mampu menyokong perkhidmatan aplikasi perbankan mudah alih seperti ini) bagi melaksanakan transaksi perbankan bagi Terma-terma dan Syarat-syarat melalui penyambungan internet dengan Kod Keselamatan; dan termasuk perkhidmatan yang ditambah, dipelbagaikan atau ditarik balik oleh HLBB/HLISB pada bila-bila masa, dan daripada masa ke semasa.

Connect Tablet” bermaksud perkhidmatan aplikasi perbankan tablet yang disediakan oleh HLBB/HLISB untuk membolehkan anda memuat turun ke dalam peralatan tablet anda atau peralatan elektronik lain yang serupa (jika mampu menyokong perkhidmatan aplikasi perbankan tablet seperti ini) bagi melaksanakan transaksi bagi Terma dan Syarat ini melalui penyambungan internet dengan Kod Keselamatan; dan termasuk perkhidmatan yang ditambah, dipelbagaikan atau ditarik balik oleh HLBB/HLISB pada bila-bila masa, dan dari semasa ke semasa.

“Perkhidmatan Akses Pantas Connect” bermaksud perkhidmatan berikut yang terdapat pada aplikasi Connect Mobile dan Connect Tablet atau perkhidmatan lain yang ditambah, disokong atau ditarik balik oleh HLBB/HLISB pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, yang boleh diakses menggunakan Connect Widget:

a) InstantBalance;
b) Card-less withdrawal;
c) PEx; dan
d) PEx+ Payment.

Connect Widget” bermaksud widget yang diwakili oleh ikon Connect di mana pengguna Connect Mobile dan Connect Tablet boleh upayakan melalui telefon pintar, tablet atau peranti elektronik mereka yang lain yang beroperasi menggunakan Apple iOS 8 dan lebih tinggi atau Android OS v. 4.1.2 dan lebih tinggi, yang berupaya menyokong perkhidmatan aplikasi perbankan mobile atau tablet (“Peranti Sesuai Widget”), yang boleh dicetus untuk disambungkan terus ke Perkhidmatan Akses Pantas Connect yang terdapat pada aplikasi Connect Mobile dan Connect Tablet tanpa perlu melancarkan aplikasi perbankan Connect Mobile terlebih dahulu.

"Perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect" bermaksud perkhidmatan pengesahan yang digunakan untuk mengakses Aplikasi Connect dan melaksanakan beberapa transaksi menggunakan teknologi pengesanan cap jari yang disediakan oleh peranti mobile di mana Aplikasi Connect dipasang. Ia menggunakan Touch ID Apple sebagai perisian pengecaman cap jari atau peranti berkeupayaan pengimbas cap jari Android bukan akar, iaitu terhad kepada Samsung Galaxy S6 dan ke atas yang dikendalikan oleh OS 5.1.1 dan ke atas ("Peranti Mobile").

"Cukai" bermaksud sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, yuran, tolakan atau penangguhan dalam sebarang bentuk, Malaysia atau asing, pada masa sekarang atau akan datang, secara langsung atau tidak langsung, yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang Berkenaan, termasuk tanpa had, sebarang cukai penggunaan seperti cukai barangan dan perkhidmatan ("GST") dan cukai-cukai lain atas apa sahaja nama, dan sebarang faedah, denda atau penalti yang berkenaan dengannya.

“Dasar Privasi” bermaksud dasar dan prinsip HLBB/HLISB berkaitan kutipan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti sedia ada serta yang bakal diperoleh yang berurusan dengan HLBB/HLISB yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan disiarkan melalui laman web HLBB/HLISB atau mengikut cara yang dianggap sesuai oleh HLBB/HLISB.

"e-Fixed Deposit" bermaksud Akaun e-Fixed Deposit Hong Leong ("eFD") yang membolehkan pembukaan, peletakan dan pengeluaran akaun deposit tetap yang disimpan dengan HLBB dilaksanakan secara dalam talian melalui Hong Leong Connect mengikut Terma dan Syarat eFD, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

"e-Fixed Deposit-i" bermaksud Akaun Fixed Deposit Atas Talian Hong Leong Islamic ("eFD-i") yang membolehkan pembukaan, peletakan dan pengeluaraan akaun deposit tetap yang disimpan dengan HLBB dilaksanakan secara dalam talian melalui Hong Leong Connect mengikut Terma dan Syarat eFD-i, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

“Permohonan e-Wasiat / e-Will” bermaksud penyerahan Borang Permohonan Wasiat / Will dan Document Asas Wasiat / Will dalam talian.

"FAQ" bermaksud soalan-soalan lazim ditanyakan mengenai panduan pendaftaran dan transaksi perbankan melalui Connect Online dan Connect Mobile. FAQ boleh diperolehi di laman sesawang Connect di www.hongleongconnect.my, di dalam aplikasi Connect Mobile, dan di dalam aplikasi Connect Tablet.

“Gambar Keselamatan” bermaksud imej yang dipaparkan kepada anda sebagai langkah keselamatan anti-phishing bagi memastikan anda mendaftar masuk ke portal Connect yang asli. Gambar ini anda pilih semasa Pendaftaran Kali Pertama anda atau Set Semula Connect.

“Hari Bekerja” bermaksud hari di mana HLBB/HLISB dibuka untuk perniagaan di Malaysia Barat dan Malaysia Timur, sebagaimana mengikut kesnya, kecuali untuk hari cuti am dan cuti bank.

"HLBB" bermaksud Hong Leong Bank Berhad dan termasuk semua pengganti hakmilik dan penerima serahhaknya.

"HLISB" bermaksud Hong Leong Islamic Bank Berhad dan termasuk semua pengganti hakmilik dan penerima serahhaknya.

“ID Sementara” ialah senarai aksara huruf dan angka yang diberikan kepada anda oleh HLBB/HLISB seperti yang diperlukan untuk Pendaftaran Kali Pertama atau Set Semula Connect anda menggunakan opsyen akaun perbankan.

"Internet" bermaksud rangkaian global komputer-komputer dan sistem-sistem telekomunikasi, yang memudahkan komunikasi.

“Kad ATM” ialah kad pembayaran yang diberikan kepada anda oleh HLBB/HLISB yang membolehkan anda melaksanakan transaksi perbankan di mana-mana terminal ATM dan poin jualan.

“Kad Debit” bermaksud Kad Debit VISA/ MasterCard yang diberikan kepada anda oleh HLBB/HLISB yang membolehkan anda melaksanakan transaksi perbankan di mana-mana ATM dan membuat pembelian runcit dalam talian/luar talian.

“Kad Kredit” bermaksud kad (kad-kad) kredit yang mungkin dikeluarkan oleh HLBB/HLISB kepada anda dari semasa ke semasa.

“Kata laluan” bermaksud senarai aksara huruf dan angka yang anda cipta semasa Pendaftaran Kali Pertama atau untuk Set Semula Connect. Ia diperlukan oleh HLBB/HLISB untuk mengenal pasti Kod Keselamatan anda sebelum membenarkan anda mengakses Connect.

“Kod CAPTCHA” bermaksud "Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart”, yang merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan dalam talian Connect untuk mengakses Connect.

“Kod Kebenaran Transaksi (TAC)” bermaksud “Transaction Authorization Code" iaitu ciri keselamatan yang dilaksanakan bagi memberi lapisan perlindungan kedua untuk transaksi perbankan dalam talian, perbankan mudah alih dan perbankan tablet selain daripada Nama Pengguna daftar masuk, Gambar keselamatan dan Kata Laluan Connect anda. Ia merupakan kod 6 digit yang perlu dimasukkan untuk transaksi dalam talian tertentu.

"Kod Pengambilan" bermaksud senarai angka-angka yang diberikan oleh pihak HLBB/HLISB kepada anda selepas setiap transaksi PEx yang berjaya dan ia adalah tanggungjawab anda untuk mendedahkan Kod Pengambilan kepada Penerima Pembayaran transaksi PEx hanya sewaktu pengambilan dana.

"Kod Pengeluaran Tanpa Kad" bermaksud senarai digit angka yang diberikan oleh Bank kepada anda selepas setiap permintaan yang berjaya untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect. Ia membenarkan anda mengakses mana-mana terminal HLBB / HLISB ATM untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad.

“Kod-kod Keselamatan” bermaksud kelayakan keselamatan yang digunakan untuk mengenal pasti anda apabila anda mengakses dan menggunakan Connect yang terdiri daripada Kata Laluan, Nama Pengguna, PIN ATM, TAC, ID Sementara dan termasuk apa-apa kod keselamatan yang dikeluarkan oleh HLBB/HLISB dari masa ke semasa.

“Nama pengguna” bermaksud nama yang anda pilih atau wujudkan yang terdiri daripada aksara huruf dan angka semasa Pendaftaran Kali Pertama atau Set Semula Connect. Ia diperlukan oleh HLBB/HLISB untuk mengenal pasti Kod Keselamatan anda sebelum membenarkan anda mengakses Connect.

"Pelanggan atau anda" bermaksud individu yang berdaftar dengan HLBB/HLISB untuk Connect dan termasuk wakil-wakil peribadi dan pewaris-pewaris hakmilik anda.

"Pembayaran PEx" ertinya transaksi bagi pemindahan dana oleh anda dari akaun anda dengan HLBB/HLISB kepada Penerima Pembayaran menggunakan perkhidmatan PEx.

“Pemindahan Dana Terbuka” bermaksud pemindahan dana dari akaun simpanan atau semasa HLBB/HLISB anda ke akaun perbankan HLBB/HLISB pihak ketiga atau akaun perbankan di bank lain, yang masih belum tersenarai dalam senarai Akaun Kegemaran anda, berkaitan dengan pengguna Connect Mobile.

“Pemindahan Akaun Lain” bermaksud pemindahan dana daripada akaun simpanan atau semasa HLBB/HLISB anda ke akaun bank HLBB/HLISB pihak ketiga atau akaun perbankan di bank lain.

“Pemindahan Akaun Sendiri” bermaksud pemindahan dana daripada akaun simpanan atau semasa HLBB/HLISB anda ke akaun bank HLBB/HLISB anda yang lain.

“Pendaftaran Kali Pertama” bermaksud pendaftaran dengan Connect yang membolehkan anda mengakses akaun perbankan anda melalui internet dengan Kod Keselamatan yang anda takrif dan sahkan semasa proses pendaftaran.

"Penerima Pembayaran" bermakna penerima dikenal pasti Pembayaran Pex dengan nombor telefon bimbit yang berdaftar di Malaysia.

"Pengambilan PEx ATM" bermakna pengeluaran Pembayaran PEx di terminal HLBB/HLISB ATM oleh Penerima Pembayaran.

"Pengambilan PEx Internet" bermakna pemindahan Pembayaran PEx ke dalam akaun Penerima Pembayaran yang dikekalkan dengan mana-mana bank yang mengambil bahagian di dalam Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) Inter Bank ATM Transfer Dana (Pemindahan Segera) rangkaian melalui www.hongleongconnect.my/pex.

“Penyedia Perkhidmatan Rangkaian” bererti mana-mana penyedia perkhidmatan Internet atau penyedia perkhidmatan dalam talian komersial yang menyediakan sambungan Internet.

“Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih” bermaksud mana-mana Pembekal perkhidmatan rangkaian telekomunikasi berdaftar yang menyediakan perkhidmatan telefon mudah alih.

“Perbadanan (perbadanan-perbadanan) Penerima Pembayaran” bermaksud syarikat-syarikat atau perbadanan-perbadanan yang bil, polisi, pembelian e-dagang boleh dibayar oleh anda melalui Connect dan termasuklah mana-mana syarikat atau perbadanan yang dimasukkan atau digantikan oleh HLBB/HLISB atas dasar budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.

“Perkhidmatan Pembayaran Bil” bermaksud pembayaran bil, polisi, pembelian e-dagang yang mungkin anda buat kepada Korporat Penerima melalui Connect.

“Perkhidmatan Isi Semula” bermaksud isi semula kad prabayar, mudah alih atau sebarang cara perkhidmatan saluran telekomunikasi prabayar yang mungkin anda lakukan melalui Connect.

“Perkhidmatan-perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan-perkhidmatan perbankan yang ditawarkan oleh HLBB/HLISB melalui internet dan mudah alih atau mana-mana medium elektronik lain yang diluluskan oleh HLBB/HLISB, menurut Terma-terma dan Syarat-syarat untuk Connect.

"PEx" ertinya Pembayaran Express, perkhidmatan yang mana anda meminta HLBB/HLISB menyediakan bayaran kepada Penerima Pembayaran untuk mengambil melalui Pengambilan PEx Internet atau Pengambilan PEx ATM.

"PEx+" atau "Perkhidmatan Pembayaran PEx+" bermaksud titik perkhidmatan jualan mudah alih yang membolehkan pelanggan melaksanakan transaksi pembayaran melalui Connect Mobile dan/ atau permohonan Connect Tablet pada telefon pintar dan/atau tablet pada PEx+ Terminal.

"Saudagar PEx+" bermaksud peniaga yang berdaftar dengan HLBB/HLISB untuk menerima Perkhidmatan Pembayaran PEx+ sebagai satu cara pembayaran di bawah Perjanjian ini.

"Perisian Pembayaran Saudagar PEx+ " bermaksud perisian penyelesaian bagi Terminal Bayaran PEx+ di mana hak harta intelek bagi perisian dan binaannya adalah milik HLBB/HLISB atau orang lain seperti yang ditentukan oleh HLBB/HLISB pada setiap masa.

“Permintaan PEx” bermaksud permintaan yang dihantar oleh pengguna Connect Mobile atau Connect Tablet (“Peminta PEx”) kepada pengguna Connect Mobile atau Connect Tablet lain (“Penerima”) bagi meminta Penerima untuk membuat Pembayaran PEx kepada Peminta PEx.

"Terminal PEx+" bermaksud terminal yang digunakan untuk mengendalikan semua Transaksi PEx+ pada Saudagar PEx+, di mana merangkumi peranti mudah alih Saudagar PEx+ yang telah dipasang dengan Perisian Pembayaran Saudagar PEx oleh HLBB/HLISB dan/atau wakil-wakil yang diberi kuasa untuk menggunakannya mengikut terma dan syarat HLBB/HLISB .

"Transaksi PEx+" bermaksud apabila Pelanggan menggunakan Perkhidmatan Pembayaran PEx+ untuk membuat pembayaran bagi barangan /perkhidmatan yang disediakan oleh Saudagar PEx+.

"Invois Transaksi PEx+" bermaksud suatu invois yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan dengan mengambil kira Transaksi PEx+ dalam bentuk dan kandungan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh HLBB/HLISB mengikut keperluan HLBB/HLISB yang dihasilkan apabila Pelanggan menggunakan Perkhidmatan Pembayaran PEx+ untuk membuat pembayaran bagi barangan/perkhidmatan. Invois Transaksi PEx+ akan dipaparkan pada telefon pintar Pelanggan atau apa-apa peranti elektronik lain dan Khidmat Pesanan Ringkas ("SMS") pemberitahuan mengesahkan Transaksi PEx + juga akan dihantar kepada Pelanggan.

"Kod QR" bermaksud kod maklum balas cepat yang merupakan kod bar yang mempunyai corak hitam disusun dalam format kotak persegi pada latar belakang putih, yang boleh digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dalam program perisian tertentu.

“Pin ATM” ialah nombor pengenalan peribadi numerik 6 digit pilihan anda untuk Kad ATM/Debit yang dikeluarkan kepada anda bawah Akaun anda. Ia diperlukan apabila anda melaksanakan sebarang transaksi perbankan di ATM.

“Pin Kad” bermaksud nombor 6 digit Pin Kad Kredit ATM yang dikeluarkan kepada anda oleh HLBB/HLISB apabila anda menerima Kad Kredit Hong Leong anda. Ia diperlukan apabila anda melaksanakan sebarang transaksi perbankan di ATM.

"PIN PEx" ertinya senarai digit bernombor diberikan kepada Penerima Pembayaran oleh HLBB/HLISB kepada dia untuk mengakses mana-mana terminal HLBB/HLISB ATM untuk pengambilan Pembayaran PEx.

"Pihak Berkuasa yang Berkenaan" bermaksud sebarang pihak berkuasa kerajaan atau percukaian.

"Saluran Komunikasi Yang Dibenarkan" bermaksud saluran-saluran komunikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon, komputer atau sebarang kaedah elektronik sebagaimana yang mungkin dibenarkan oleh HLBB/HLISB dari semasa ke semasa dan yang memerlukan pengesahan kod keselamatan yang ditentukan untuk saluran komunikasi berkenaan) yang boleh anda gunakan untuk mengeluarkan arahan kepada HLBB/HLISB.

“Set Semula Connect” bermaksud menukar Kod Keselamatan anda untuk mengakses Connect sekiranya anda terlupa Kod Keselamatan atau apabila anda mahu mengaktifkan semula Connect anda yang telah menjadi dorman selepas enam (6) bulan tidak aktif.

"Soalan Keselamatan" bermaksud satu set soalan dan jawapan yang akan ditanya kepada anda sebagai pengesahan akaun tahap tambahan apabila sistem mengesan transaksi luar biasa melalui akaun Connect anda. Soalan dan jawapan keselamatan dibentuk oleh anda dan ianya bertindak sebagai kaedah sekunder untuk mengenalpasti diri anda selain daripada Nama Pengguna dan Kata Laluan anda.

“Terma-terma dan syarat-syarat” bermaksud terma-terma dan syarat-syarat ini untuk Connect melainkan konteksnya menunjukkan yang sebaliknya dan termasuk sebarang pindaan, penambahan, variasi atau pemansuhan yang dibuat dari semasa ke semasa dan hendaklah merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat pada masa itu.

“Pemindahan Bertelegraf” atau “TT” bermaksud pemindahan dana dalam bentuk mata wang asing kepada bank atau agen yang berkenaan di luar Malaysia.

“Transaksi Dalam Talian” bermaksud pemindahan dan pembayaran yang dibuat daripada akaun bank HLBB/HLISB anda melalui Connect.

“Transaksi Pengeluaran Tanpa Kad” ertinya perkhidmatan yang akan membenarkan pengeluaran wang dari akaun perbankan HLBB/HLISB berdaftar anda di terminal HLBB/HLISB ATM tanpa menggunakan Kad ATM atau Kad Debit anda.

“URL” bermaksud alamat browser internet.

2.2 Tafsiran
(a) Perkataan yang menggunakan kata mufrad hendaklah termasuk bentuk jamak dan sebaliknya dan perkataan yang menggunakan kata jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan atau genus neutral dan sebaliknya.

(b) Apabila terdapat dua orang atau lebih terlibat dalam istilah anda atau Pelanggan, arahan-arahan, perjanjian-perjanjian, akujanji-akujanji, obligasi-obligasi yang dinyatakan untuk dikeluarkan atau diberikan oleh atau dibuat oleh satu orang, hendaklah dianggap dikeluarkan atau diberikan oleh atau yang dibuat oleh dan mengikat orang-orang tersebut secara bersesama dan berasingan.
 
3.0 Kelayakan dan Pendaftaran untuk Connect
3.1 Anda perlu berusia lapan belas (18) tahun dan mempunyai akaun bank yang aktif dengan HLBB/HLISB

3.2 HLBB/HLISB mempunyai budi bicara mutlak dan tunggal untuk menerima atau menolak permohonan anda tanpa perlu mendedahkan alasannya untuk berbuat demikian dan atau untuk memberi respon terhadap apa-apa permintaan untuk mendapatkan maklumat.

3.3 Anda boleh mengubah tetapan akaun perbankan anda pada Connect tetapi Akaun yang anda boleh melakukan transaksi melalui Connect ialah Akaun yang dikendalikan oleh penandatangan individu, atau sama ada satu penandatangan untuk akaun bersama.
 
4.0 Terminal-terminal Komputer/Peranti-peranti Elektronik Peribadi dan Akses Internet/Rangkaian Mudah Alih
4.1 Anda bertanggung jawab sepenuhnya:
(a) untuk memastikan bahawa terminal komputer dan/atau peranti-peranti elektronik peribadi dan perisian dan perkakasan yang berkaitan memenuhi spesifikasi-spesifikasi dan konfigurasi-konfigurasi yang diperlukan sebagaimana yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB dari semasa ke semasa, dan

(b) untuk pemasangan, penyelenggaraan, dan keselamatan terminal komputer anda dan/atau peranti-peranti elektronik peribadi, perkakasan dan perisian yang berkaitan (termasuk perisian pelayar internet) dan sambungan internet/data yang digunakan untuk mengakses Connect, dan HLBB/HLISB tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerosakan, kerugian atau perbelanjaan yang ditanggung oleh anda atau pihak ketiga atas sebarang kelewatan, kegagalan, tergendalanya, kegagalan untuk berfungsi atau gangguan di atas.

4.2 Akses anda kepada laman sesawang HLBB/HLISB dan Connect melalui Pembekal Perkhidmatan Rangkaian adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Pembekal Perkhidmatan Rangkaian.

4.3 Pemberian TAC atas permintaan anda adalah melalui Pembekal Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih dan akan bergantung kepada terma-terma dan syarat-syarat Pembekal Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih. HLBB/HLISB tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang ditanggung oleh anda atau pihak ketiga atas sebarang kelewatan, kegagalan, tergendalanya, kegagalan untuk berfungsi atau gangguan kepada perkara di atas.
 
5.0 Mendapatkan Akses ke Connect
5.1 Pendaftaran Kali Pertama
(a) Mendaftar menggunakan Kad ATM/Debit - anda perlu memasukkan Nombor Kad ATM/Debit, PIN ATM, No. KP/Nombor Pasport/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis/Nombor Pendaftaran Perniagaan/Nombor KP Asing, kod CAPTCHA dan TAC anda. Selepas maklumat yang betuk diterima, anda perlu mencipta Nama Pengguna dan Kata Laluan, memilih Gambar Keselamatan, menerima Terma-terma dan syarat-syarat dan menubuhkan Soalan Keselamatan. Selepas berjaya, anda akan dimaklumkan entang semua had transaksi dalam talian harian default melalui Connect pada skrin pemberitahuan. Anda seterusnya boleh daftar masuk Connect anda melalui browser internet atau pergi ke aplikasi Connect Mobile yang anda telah muat turun pada telefon pintar anda atau pergi ke aplikasi Connect Tablet yang anda telah muat turun ke dalam alat tablet anda. Anda boleh mengakses menggunakan Nama Pengguna, Gambar Keselamatan dan Kata Laluan yang sama.

(b) Mendaftar menggunakan Kad Kredit - anda perlu memasukkan Nombor Kad Kredit, Pin Kad, No. KP/Nombor Pasport/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis/Nombor Pendaftaran Perniagaan/Nombor KP Asing, kod CAPTCHA dan TAC anda. Selepas maklumat yang betuk diterima, anda perlu mencipta Nama Pengguna dan Kata Laluan, memilih Gambar Keselamatan, menerima Terma-terma dan syarat-syarat dan menubuhkan Soalan Keselamatan. Selepas berjaya, anda akan dimaklumkan entang semua had transaksi dalam talian harian default melalui Connect pada skrin pemberitahuan. Anda seterusnya boleh daftar masuk Connect anda melalui browser internet atau pergi ke aplikasi Connect Mobile yang anda telah muat turun pada telefon pintar anda atau pergi ke aplikasi Connect Tablet yang anda telah muat turun ke dalam alat tablet anda. Anda boleh mengakses menggunakan Nama Pengguna, Gambar Keselamatan dan Kata Laluan yang sama.

(c) Mendaftar menggunakan Nombor Akaun Bank - anda perlu memasukkan Jenis Akaun, memasukkan Nombor Akaun, ID Sementara, No. KP/Nombor Pasport/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis/Nombor KP Asing, kod CAPTCHA dan TAC anda. Selepas maklumat yang betuk diterima, anda perlu mencipta Nama Pengguna dan Kata Laluan, memilih Gambar Keselamatan, menerima Terma-terma dan syarat-syarat dan menubuhkan Soalan Keselamatan. Selepas berjaya, anda akan dimaklumkan entang semua had transaksi dalam talian harian default melalui Connect pada skrin pemberitahuan. Anda seterusnya boleh daftar masuk Connect anda melalui browser internet atau pergi ke aplikasi Connect Mobile yang anda telah muat turun pada telefon pintar anda atau pergi ke aplikasi Connect Tablet yang anda telah muat turun ke dalam alat tablet anda. Anda boleh mengakses menggunakan Nama Pengguna, Gambar Keselamatan dan Kata Laluan yang sama.

5.2 Anda boleh muat turun aplikasi Connect Mobile dan/atau Connect Tablet kepada maksimum sebanyak lima (5) buah peranti elektronik mudah alih dan/atau tablet, dan menggunakan Kod Keselamatan yang sama untuk daftar masuk dan mengakses perkhidmatan perbankan mudah alih dan/atau tablet anda. Selepas anda mencapai had maksimum lima (5) buah peranti elektronik mudah alih dan/atau tablet, sebarang percubaan untuk daftar masuk menggunakan peranti elektronik mudah alih dan/atau tablet yang keenam (ke-6) akan gagal.

5.3 Anda boleh mendaftar keluar aplikasi Connect Mobile dan/atau Connect Tablet anda daripada mana-mana peranti elektronik mudah alih dan/atau tablet anda melalui mana-mana mod berikut:
(a) Daftar keluar sendiri – anda perlu daftar masuk aplikasi Connect Mobile atau Connect Tablet anda untuk menghapuskan peranti yang berdaftar.
(b) Pusat Panggilan Hong Leong – anda perlu menghubungi talian +603-7626 8899 untuk meminta peranti elektronik mudah alih dan/atau tablet anda didaftar keluar.
(c) Mesej– anda perlu daftar masuk Connect Online dan hantar kami Mesej untuk meminta peranti elektronik mudah alih dan/atau tablet anda didaftar keluar.

5.4 Set Semula Connect
(a) Terlupa Nama Pengguna atau Kata Laluan - anda perlu set semula Nama Pengguna atau Kata Laluan anda dengan melakukan proses yang sama seperti Pendaftaran Kali Pertama pada Klausa 5.1 (a) atau (b) atau (c).

(b) Mengubah Nama Pengguna dan Kata Laluan - anda perlu menukar Nama Pengguna atau Kata Laluan anda dengan melakukan proses yang sama seperti Pendaftaran Kali Pertama pada Klausa 5.1 (a) atau (b) atau (c).

(c) Mengaktifkan semula akaun Connect - anda perlu mengaktifkan semula status akaun dorman, terkunci atau pasif anda dengan melakukan proses yang sama seperti Pendaftaran Kali Pertama pada Klausa 5.1 (a) atau (b) atau (c).

5.5 Connect akan menjadi dorman jika tiada aktiviti daftar masuk dalam tempoh 6 bulan.

5.6 Anda bersetuju bahawa HLBB/HLISB menggunakan Kod Keselamatan anda untuk mengenal pasti anda dan mengakui bahawa anda perlu menyimpan Kod Keselamatan anda dengan selamat dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan akses dan/atau penggunaan tanpa kebenaran.

5.7 HLBB/HLISB berhak untuk membatalkan Kod-kod Keselamatan anda tanpa berkewajiban untuk memberikan sebarang notis atau penjelasan terlebih dahulu dan untuk menolak penggantian Kod-kod Keselamatan tanpa memberikan sebarang alasan.

5.8 Selepas anda mendaftar masuk Connect, anda tidak boleh pada bila-bila masa meninggalkan terminal atau peranti lain yang anda gunakan untuk mengakses Connect atau membiarkan orang lain menggunakannya sehingga anda benar-benar telah mendaftar keluar. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa anda telah benar-benar mendaftar keluar pada akhir setiap sesi.

5.9. Pengesahan Biometrik Connect

5.9.1 Terma dan Syarat Pengesahan Biometrik Connect (“Terma”) adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat bagi Perkhidmatan Perbankan Digital Peribadi untuk Hong Leong Connect (“Terma Connect”) sebagai keseluruhan perjanjian. Jika terdapat sebarang percanggahan atau perselisihan, Terma ini akan diutamakan meliputi percanggahan atau perselisihan tersebut. Melainkan konteks memerlukan sebaliknya, terma huruf besar yang digunakan di sini hendaklah mempunyai makna yang sama seperti yang dinyatakan dalam Terma Connect.

Terma ini hendaklah terpakai dan mengawal selia penggunaan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect yang disediakan oleh Hong Leong Bank Berhad (“HLBB”) atau Hong Leong Islamic Bank Berhad (“HLISB”) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan perbankan Connect Mobile.

5.9.2 Penggunaan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect
a. Perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect hanya disediakan untuk pelanggan yang menggunakan telefon pintar terpilih yang bukannya peranti IOS yang telah dibuka sekatan, iaitu iPhone 5s ke atas, yang menggunakan ID Sentuhan Apple sebagai perisian mengenal pasti cap jari atau peranti yang diupayakan pengimbas cap jari Android bukan akar, iaitu terhad kepada Samsung Galaxy S6 dan ke atas yang dikendalikan oleh OS 5.1.1 dan ke atas (“Peranti Mobile”).

b. Perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect membolehkan anda mendapat akses kepada Connect menggunakan cap jari anda yang telah disimpan pada Peranti Mobile anda (“Cap Jari”) sebagai opsyen daftar masuk mudah dan Cap Jari anda bersama dengan Pengesahan (seperti yang dinyatakan di sini) hendaklah menjadi salah satu daripada Kod Keselamatan anda di mana HLBB/HLISB mengenalpasti anda bagi tujuan untuk membolehkan anda berurus niaga melalui Connect.

c. Bagi mengelakkan keraguan, semua data Cap Jari disimpan di dalam Peranti Mobile yang berkaitan apabila anda menetapkan Peranti Mobile yang dibolehkan cap jari dan tiada data Cap Jari yang disimpan pada pelayan HLBB/HLISB. Bagi tujuan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, pengesahan Cap Jari ditentukan oleh Peranti Mobile itu sendiri. Selepas Cap Jari dikenal pasti oleh Peranti Mobile, penentuan pengesahan (“Pengesahan”) akan disampaikan oleh Peranti Mobile kepada Pengesahan Biometrik Connect untuk membolehkan anda meneruskan transaksi yang berkaitan atau sekiranya pengesahan gagal, pemberitahuan kegagalan Pengesahan akan disampaikan kepada antara muka Perkhidmatan Pengesahan Biometrik.

5.9.3 Untuk menggunakan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, anda perlu:
  1. menjadi pengguna akaun Hong Leong Connect yang sah
  2. Memasang Connect Mobile pada Peranti Mobile anda
  3. Mendaftar Peranti Mobile anda dengan Hong Long Connect dengan berjaya mendaftar masuk melalui Connect Mobile
  4. Telah mendaftar Cap Jari anda pada Peranti Mobile
  5. Membolehkan yang berikut:
    (a) Untuk peranti IOS
    • ID sentuhan untuk membuka kunci Peranti Mobile anda
    (b) Untuk peranti Android
    • Membolehkan Keselamatan Cap Jari
5.9.4. Untuk mengaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, anda mula-mula perlu daftar masuk ke Connect Mobile, pergi ke menu ‘Setting’ dan pilih ‘Enroll Fingerprint’.

5.9.5. Untuk menyahaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, anda mula-mula perlu daftar masuk ke Connect Mobile, pergi ke menu ‘Setting’ dan pilih ‘Unenroll Fingerprint’.

5.9.6. Sebelum menggunakan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, anda mula-mula perlu menerima Terma ini. Dengan menerima Terma ini, anda mengakui dan bersetuju dengan yang berikut:
a. bahawa anda telah berjaya mendaftar dengan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect dan akan dapat melaksanakan transaksi berikut dan transaksi lain seperti yang ditentukan oleh HLBB/HLISB mengikut budi bicaranya dari semasa ke semasa:.
  1. Gambaran Keseluruhan
    • Memeriksa butiran akaun, baki dan sejarah transaksi
  2. Bayar & Transaksi
    • Melaksanakan PEx, PEx dan Pengeluaran Tanpa Kad sehingga had transaksi dinyatakan yang dikenakan oleh HLBB/HLISB.
b. anda bersetuju bahawa dengan menggunakan Cap Jari anda untuk mengakses Connect melalui perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, HLBB/HLISB bergantung kepada Peranti Mobile untuk menyediakan Pengesahan jika anda mengaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect;

c. anda tidak boleh mendaftarkan mana-mana cap jari pihak ketiga sebagai Cap Jari anda kerana dengan berbuat demikian akan membolehkan pihak ketiga untuk mempunyai akses kepada Akaun anda dan melaksanakan segala fungsi yang terdapat dalam perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect;

d. jika anda mempunyai sebarang cap jari pihak ketiga yang disimpan pada Peranti Mobile anda, anda dikehendaki dan anda dengan ini menjamin bahawa cap jari pihak ketiga tersebut telah dipadamkan daripada Peranti Mobile sebelum anda mengaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect;

e. Cap Jari anda patut dijaga dengan tahap keselamatan yang sama seperti Kod Keselamatan anda yang lain untuk mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan ke Akaun anda seperti yang dinyatakan lebih khusus dalam Klausa 11 Terma Connect;

f. bahawa Arahan yang dikemukakan oleh anda menggunakan Pengesahan Biometrik Connect hendaklah terdiri Arahan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7 Terma Connect;

g. anda hendaklah menyahaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect mengikut Klausa 2.6 yang terkandung di sini sekiranya anda menukar atau melupuskan Peranti Mobile anda.

5.9.10 Anda boleh menggunakan perkhidmatan Biometrik Mobile Connect untuk sehingga lima (5) Peranti Mobile tetapi setiap Peranti Mobile memerlukan pendaftaran berasingan bagi perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect.

5.9.11 Anda mengakui bahawa HLBB/HLISB tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan bahawa Cap Jari anda yang diendors pada Peranti Mobile dan bersetuju bahawa setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, HLBB/HLISB tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk mana-mana dan semua kerugian, liabiliti, kos , perbelanjaan, ganti rugi, tuntutan, tindakan, atau prosiding dalam apa jua bentuk (sama ada secara langsung, tidak langsung atau berbangkit) berkenaan dengan apa-apa perkara dalam apa jua bentuk dan apa jua yang timbul (sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya) berkaitan dengan:
a. peruntukan oleh HLBB/HLISB bagi atau penggunaan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect oleh anda;

b. sebarang akses tanpa kebenaran kepada baki akaun anda, transaksi daripada perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect dan/atau penggunaan Peranti Mobile anda;

c. sebarang transaksi yang dilaksanakan mengikut Klausa 2.7.6 di dalam ini; dan/atau

d. apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana Terma ini atau mana-mana prosedur berkaitan yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB.

5.9.12 Sekiranya anda kehilangan Peranti Mobile, anda perlu segera menyahaktifkan Pengesahan Biometrik Connect dengan menghubungi Pusat Hubungan HLBB/HLISB untuk melaporkan kehilangan Peranti Mobile anda dan permintaan untuk pendaftaran biometrik bagi Peranti Mobile yang hilang dibatalkan. Jika anda mempunyai lebih daripada satu (1) Peranti Mobile yang didaftarkan untuk perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, anda boleh menyahaktifkan sendiri Pengesahan Biometrik Connect untuk Peranti Mobile yang hilang dengan menggunakan Peranti Mobile anda yang lain.

5.9.13 HLBB/HLISB berhak untuk menyahaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect jika perkhidmatan itu tidak digunakan selama tiga (3) bulan daripada tarikh terakhir anda log masuk atau mendaftar atau apa-apa tempoh masa lain sebagaimana yang ditentukan oleh HLBB/HLISB mengikut budi bicaranya tanpa sebarang notis awal berhubung penyahaktifan tersebut. Untuk menggunakan semula perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect, anda dikehendaki mengaktifkan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect mengikut klausa 2.5 yang terkandung di dalam.

5.9.14 Variasi
a. HLBB/HLISB berhak untuk menambah, mengubahsuai, memadam atau mengubah mana-mana Terma ini ("Variasi") dengan memberi notis terlebih dahulu. Variasi ini akan berkuat kuasa mulai tarikh yang dinyatakan pada notis. Jika anda terus menggunakan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect selepas pemberitahuan itu, anda dianggap telah bersetuju dengan dan menerima Variasi.

b. Anda bersetuju untuk melihat Terma ini secara kerap dan akses atau penggunaan perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect anda yang berterusan selepas apa-apa Variasi tersebut berkuat kuasa akan dianggap sebagai penerimaan anda kepada Variasi.

5.9.15 Pelbagai
a.Terma ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan anda dengan ini bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah Malaysia atau mahkamah bidang kuasa kompeten lain yang HLBB/HLISB pilih untuk berserah mengikut budi bicaranya dan pelaksanaan sebarang proses undang-undang boleh dilaksanakan melalui apa-apa cara.

b. HLBB/HLISB boleh mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, menggantung, menyekat atau menamatkan akses anda kepada perkhidmatan Pengesahan Biometrik Connect tanpa perlu memberikan apa-apa sebab bagi apa-apa penggantungan, sekatan atau penamatan tersebut.
 
6.0 Perkhidmatan Connect Online, Mobile dan Tablet
6.1 Perkhidmatan-perkhidmatan Baru/Tambahan – Di mana HLBB/HLISB menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan baru atau tambahan, penerimaan anda mengikut cara yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan baru atau tambahan tersebut hendaklah berdasarkan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan apa-apa terma-terma dan syarat-syarat tambahan (jika ada) sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh HLBB/HLISB.

6.2 Peraturan dan Undang-undang Yang Mentadbir Akaun Anda
Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan peraturan-peraturan, undang-undang, terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir dan mengawal selia Akaun-akaun. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma-terma dan syarat-syarat/peraturan-peraturan dan undang-undang tersebut dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan diguna pakai.

6.3 Jenis Perkhidmatan yang Terdapat dalam Connect Online termasuk dan tidak terhad kepada yang berikut:
(a) Gambaran Keseluruhan
  • Mendapat butiran akaun, baki dan sejarah transaksi

(b) Bayar & Transaksi
  • Pemindahan Akaun Sendiri
  • - Memindahkan dana antara akaun Semasa/Simpanan anda
    - Membuat pembayaran kepada Kad Kredit sendiri dan akaun Pinjaman/Pembiayaan
  • Pemindahan Akaun Lain
  • - Memindahkan dana ke akaun Semasa/Simpanan pihak ketiga, Kad Kredit, Pinjaman/Pembiayaan Hong Leong (tertakluk pada had harian pemindahan pihak ke-3 HLB)
    - Pemindahan dana serta merta ke akaun perbankan bank lain yang menyertai rangkaian MEPS Pemindahan Segera (tertakluk pada jumlah had harian pemindahan dana antara bank)
    - Pemindahan dana Interbank GIRO (IBG) ke mana-mana akaun perbankan bank lain yang menyertai rangkaian Malaysian Electronic Clearing Corporation (MyClear) (tertakluk pada jumlah had harian pemindahan dana antara bank)
    - Menguruskan akaun Kegemaran
  • Pembayaran Bil
  • - Membuat pembayaran & pembelian kepada Penerima Korporat di dalam Malaysia
    - Menguruskan Pemberi Bil Kegemaran
  • Melaksanakan Isian Semula
  • - Isi semula Kad Debit Junior
    - Perkhidmatan Prabayar
    - Menguruskan Isi Semula Kegemaran
  • Transaksi Dalam Talian
  • - Melihat butiran transaksi dalam talian yang berjaya dan gagal
    - Memeriksa dan membatalkan Arahan Tetap (Standing Instruction, SI) bertarikh akan datang

(c) Pemindahan Bertelegraf
  • Membuat Pemindahan Bertelegraf kepada Bank-bank penerima yang lain
  • Tambah / Edit / Hapus akaun Kegemaran

(d) Penyata Saya
  • Melihat dan meminta penyata akaun
  • Melanggan kepada penyata e-mel
  • Hentikan penyata salinan kertas

(e) Memohon E-Produk
  • e-Wasiat / e-Will
  • - Memohon e-Wasiat atau e-Will
    - Memeriksa status permohonan
  • e-Fixed Deposit (eFD) / Online Islamic Fixed Deposit (eFD-i)
  • - Buka akaun eFD/eFD-i baru dan melakukan Peletakan eFD/eFD-i*
    - Melakukan Pengeluaran eFD / eFD-i
Nota: Tiada resit deposit tetap / Online Islamic Fixed Deposit-i diberikan. Apabila peletakan berjaya dibuat, Resit Transaksi Hong Leong Connect akan dihasilkan yang akan mengandungi butir-butir transaksi peletakan.

(f) Perkhidmatan Lain
  • Mendapat Ganjaran
  • - Pertanyaan mata ganjaran dan penebusan hadiah
    - Pertanyaan dan penebusan HL Ganjaran bagi Fortune Card
  • Kad ATM / Debit
  • - Pengeluaran Wang Luar Negara & Tetapan Kad Debit*
    - Menukar had pembelian runcit/ Internet
    - Mengubah had pengeluaran/pemindahan tunai ATM
    - Melaporkan kehilangan Kad ATM/Debit
  • Menguruskan Cek
  • - Pertanyaan status cek
    - Menghentikan pembayaran cek yang telah dikeluarkan
    - Permintaan buku cek

    *Nota: Anda boleh memilih mana-mana atau semua perkhidmatan yang ditawarkan iaitu 1) Mail Pesanan Telefon (MOTO) dan Auto Debit; 2) Pengeluaran ATM Luar Negeri; 3) Luar Negara Pembelian Runcit dan 4 ) Pembelian Internet Tanpa 3D**.
    ** Pembelian Internet Tanpa 3D** adalah pembelian runcit yang dibuat melalui Internet di mana Kad Debit transaksi diterima tanpa memerlukan kata laluan.
  • Tetapan
  • - Menyesuaikan akaun anda untuk membolehkan hanya paparan dalam talian atau untuk membolehkan pembayaran & pemindahan
    - Ubah had transaksi dalam talian untuk Pemindahan HLB pihak ke-3, Pemindahan Segera, IBG, Transaksi Bil/Runcit Dalam Talian, isi Semula Prabayar, Pemindahan HLEBroking, Isi Semula Kad Debit Junior, Peletakan Deposit tetap MACH dan PEx/ Pengeluaran Tanpa Kad.
    - Mengemas kini maklumat hubungan
    - Mata Wang Bersamaan Default
    - Mengubah Kata Laluan
    - Mengubah Gambar Keselamatan
    - Mengubah Soalan Keselamatan

    *Nota: Anda perlu pilih Perkhidmatan ATM Antara Negara untuk membolehkan pengeluaran wang daripada ATM luar Negara. Apabila menetapkan Perkhidmatan ATM Antara Negara, anda boleh memilih untuk mana-mana atau semua yang ditawarkan oleh perkhidmatan ini iaitu 1. Pengelauaran ATM Luar Negara, 2. Pembelian Runcit Luar Negara, 3. Mel / Pesanan Telefon / Auto Debit.

(g) MACH
  • Peti Wang
  • - Menyesuaikan ciri Akaun
    - Mendaftar/membatalkan saluran mudah MyPal
    - Menutup Akaun
    - Mengaktifkan Semula Akaun
  • Tabung Impian
  • - Mencipta akaun matlamat baharu
    - Sasaran penjimatan Fast Track
    - Melaksanakan Pengeluaran akaun separa atau penuh
  • Deposit Tetap (FD)
  • - Membuka akaun FD baharu atau melaksanakan Peletakan FD
    - Melaksanakan Pengeluaran FD
  • Kad Kredit
  • - Mengubah Pakej Gaya Hidup dan kategori Tambahan
  • Perkhidmatan MACH
  • - Memilih Akaun Utama untuk Kad Debit
    - Mengaktifkan Semula Kad Kredit/Debit
    - Melihat Sejarah Aktiviti

(h) Pembayaran & Pembelian Runcit Dalam Talian
  • Melaksanakan pembayaran atau pembelian dalam talian menggunakan Kad Kredit Hong Leong atau daripada akaun Semasa/Simpanan Hong Leong kepada Peniaga HLBB melalui laman web peniaga (epay)
  • Melaksanakan pembayaran atau pembelian dalam talian daripada akaun Semasa/Simpanan Hong Leong kepada peniaga yang menyertai rangkaian MyClear FPX. Ketahui lebih lanjut mengenai FPX di http://www.myclear.org.my/consumer/fpx/
 
6.4 Jenis Perkhidmatan yang Terdapat dalam Connect Mobile termasuk dan tidak terhad kepada yang berikut:
(a) Gambaran Keseluruhan
  • Mendapat butiran akaun, baki dan sejarah transaksi

(b) Bayar & Transaksi
  • Pemindahan Akaun Sendiri
  • - Memindahkan dana antara akaun Semasa/Simpanan anda
    - Membuat pembayaran kepada Kad Kredit sendiri dan akaun Pinjaman/Pembiayaan
  • Pemindahan Akaun Lain
  • - Memindahkan dana ke akaun Semasa/Simpanan pihak ketiga Kegemaran, Kad Kredit, akaun Pinjaman/Pembiayaan (tertakluk pada had harian pemindahan pihak ke-3 HLB)
    - Pemindahan dana serta merta ke akaun Perbankan Kegemaran dalam bank lain yang menyertai rangkaian MEPS Pemindahan Segera (tertakluk pada jumlah had harian pemindahan dana antara bank)
    - Pemindahan dana Interbank GIRO (IBG) ke dalam akaun perbankan Kegemaran bank lain yang menyertai rangkaian MyClear (tertakluk pada jumlah had harian pemindahan dana antara bank)
  • Pemindahan Dana Terbuka
  • - Pengguna Connect Mobile boleh memindahkan dana dari akaun simpanan atau semasa HLBB/HLISB mereka ke akaun perbankan HLBB/HLISB pihak ketiga atau akaun perbankan di bank lain melalui aplikasi Connect Mobile mereka.
    - Untuk melaksanakan Pemindahan Dana Terbuka, opsyen ‘Pemindahan Dana Terbuka' perlu dipilih, dan selepas itu Pengguna Connect perlu mengikuti arahan langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam aplikasi Connect Mobile.
    - Atas sebab keselamatan tambahan, amaun pemindahan dana dihadkan kepada RM2,000 untuk peranti iPhone dan RM1,000 untuk peranti Android. TAC diperlukan bagi tujuan pengesahan.
  • Pembayaran Bil
  • - Membuat pembayaran & pembelian kepada Penerima Korporat Kegemaran di dalam Malaysia

(c) PEx – Pembayaran Ekspres
  • Pemindahan wang kepada Penerima Pembayaran melalui penggunaan PEx dimana Penerima Pembayaran perlu mengambil Pembayaran PEx melalui Pengambilan PEx ATM atau Pengambilan PEx Internet.
  • Menyediakan akaun PEx Direct untuk menerima Pembayaran PEx secara terus ke dalam akaun Semasa/Simpanan Hong Leong
  • Lihat status transaksi PEx

(d) Permintaan PEx
  • Permintaan PEx boleh dibuat dengan memilih ‘Buat Permintaan PEx’ daripada senarai butang yang terdapat di bawah opsyen Pembayaran Ekspres PEx.
  • Permintaan PEx akan muncul pada halaman pemberitahuan pengguna Connect Mobile Penerima dan juga bertindak sebagai peringatan sehingga Permintaan PEx diterima atau ditolak.
  • Apabila Penerima mengklik 'Terima' untuk Permintaan PEx, amaun yang dinyatakan dalam Permintaan PEx akan didebitkan daripada akaun Penerima dan dipindahkan secara terus ke dalam akaun Peminta PEx.
  • Jika Penerima memilih untuk ‘Tolak’ Permintaan PEx, pemberitahuan akan dihantar kepada Peminta PEx bahawa Permintaan PEX telah ditolak.
  • Hanya satu Permintaan PEx yang boleh dihantar pada suatu masa.
  • Jika Penerima permintaan PEx bukan pengguna Connect Mobile atau Connect Tablet, Peminta PEx akan dimaklumkan sewajarnya bahawa Permintaan PEx tidak dapat diselesaikan.

(e) Connect Widget
  • Anda hanya boleh menggunakan Connect Widget selepas mengupayakan Connect Widget pada Peranti Sesuai Widget anda.
  • Untuk mengupayakan Connect Widget, anda perlu mengetik ikon Connect Widget pada aplikasi Connect Mobile anda.
  • Selepas diupayakan, Connect Widget akan berada pada tetingkap gelongsor pusat pemberitahuan peranti Apple anda atau skrin utama peranti mobile Android anda.
  • Dengan mengetik atau mengklik pada Connect Widget yang diupayakan, anda akan dibawa ke skrin daftar masuk Connect Widget di mana anda akan diminta untuk memberikan Kod Keselamatan untuk meneruskan transaksi yang terdapat dalam Perkhidmatan Akses Pantas Connect.

(f) Pengeluaran Tanpa Kad
  • Pilih akaun perbankan HLISB/HLBB anda untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect Mobile
  • Pengeluaran tunai di dalam Malaysia daripada akaun perbankan HLBB/HLISB anda tanpa menggunakan Kad ATM atau Kad Debit anda
  • Kod Pengeluaran Tanpa Kad akan diberi selepas setiap permintaan yang berjaya untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect Mobile
  • Lihat status transaksi Pengeluaran Tanpa Kad pada Connect Mobile
  • Tukar akaun perbankan HLISB/HLBB anda untuk Pengeluaran Tanpa Kad
  • Mendaftar keluar perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad

(g) Perkhidmatan Pembayaran PEx +
  • Membuat pembayaran dari akaun anda ke akaun Saudagar PEx+ untuk barangan/perkhidmatan yang disediakan oleh Saudagar PEx +.
  • Imbas kod QR yang dihasilkan oleh Terminal PEx+ menggunakan Connect Mobile untuk mengesahkan dan memuktamadkan Transaksi PEx+.
  • Invois Transaksi PEx+ akan dipaparkan pada telefon pintar atau peranti elektronik lain milik Pelanggan.

(h) Sejarah Transaksi
  • Melihat butiran transaksi yang berjaya dan gagal

(i) Tetapan
  • Mengubah kertas dinding
  • Mendaftar keluar peranti elektronik mudah alih dan tablet
 
6.5 Jenis Perkhidmatan yang Terdapat dalam Connect Tablet termasuk dan tidak terhad kepada yang berikut:
(a) Gambaran Keseluruhan
  • Mendapat butiran akaun, baki dan sejarah transaksi

(b) Bayar & Transaksi
  • Pemindahan Akaun Sendiri
  • - Memindahkan dana antara akaun Semasa/Simpanan anda
    - Membuat pembayaran kepada Kad Kredit sendiri dan akaun Pinjaman/Pembiayaan
  • Pemindahan Akaun Lain
  • - Memindahkan dana ke akaun Semasa/Simpanan pihak ketiga, Kad Kredit, Pinjaman/Pembiayaan (tertakluk pada had harian pemindahan pihak ke-3 HLB)
    - Pemindahan dana serta merta ke akaun perbankan bank lain yang menyertai rangkaian MEPS Pemindahan Segera (tertakluk pada jumlah had harian pemindahan dana antara bank)
    - Pemindahan dana Interbank GIRO (IBG) ke mana-mana akaun perbankan bank lain yang menyertai rangkaian Malaysian Electronic Clearing Corporation (MyClear) (tertakluk pada jumlah had harian pemindahan dana antara bank)
  • Pembayaran Bil
  • - Membuat pembayaran & pembelian kepada Korporat Penerima di dalam Malaysia
  • Sejarah Transaksi Atas Talian

(c) PEx – Pembayaran Ekspres
  • Pemindahan wang kepada Penerima Pembayaran melalui penggunaan PEx dimana Penerima Pembayaran perlu mengambil Pembayaran PEx melalui Pengambilan PEx ATM atau Pengambilan PEx Internet.
  • Menyediakan akaun PEx Direct untuk menerima Pembayaran PEx secara terus ke dalam akaun Semasa/Simpanan Hong Leong
  • Lihat status transaksi PEx

(d) Pengeluaran Tanpa Kad
  • Pilih akaun perbankan HLISB/HLBB anda untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect Tablet
  • Pengeluaran tunai di dalam Malaysia daripada akaun perbankan HLBB/HLISB anda tanpa menggunakan Kad ATM atau Kad Debit anda
  • Kod Pengeluaran Tanpa Kad akan diberi selepas setiap permintaan yang berjaya untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect Tablet
  • Lihat status transaksi Pengeluaran Tanpa Kad pada Connect Tablet
  • Tukar akaun perbankan HLISB/HLBB anda untuk Pengeluaran Tanpa Kad
  • Mendaftar keluar perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad

(e) Perkhidmatan Pembayaran PEx +
  • Membuat pembayaran dari akaun anda ke akaun Saudagar PEx+ untuk barangan/perkhidmatan yang disediakan oleh Saudagar PEx +.
  • Imbas kod QR yang dihasilkan oleh Terminal PEx+ menggunakan Connect Tablet untuk mengesahkan dan memuktamadkan Transaksi PEx+.
  • Invois Transaksi PEx+ akan dipaparkan pada telefon pintar atau peranti elektronik lain milik Pelanggan.

(f) Tetapan
  • Mengubah kertas dinding
  • Mendaftar keluar peranti elektronik mudah alih dan tablet

(g) Connect Widget
  • Anda hanya boleh menggunakan Connect Widget selepas mengupayakan Connect Widget pada Peranti Sesuai Widget anda.
  • Untuk mengupayakan Connect Widget, anda perlu mengetik ikon Connect Widget pada aplikasi Connect Tablet anda.
  • Selepas diupayakan, Connect Widget akan berada pada tetingkap gelongsor pusat pemberitahuan peranti Apple anda atau skrin utama peranti tablet Android anda.
  • Dengan mengetik atau mengklik pada Connect Widget yang diupayakan, anda akan dibawa ke skrin daftar masuk Connect Widget di mana anda akan diminta untuk memberikan Kod Keselamatan untuk meneruskan transaksi yang terdapat dalam Perkhidmatan Akses Pantas Connect.

(h) Permintaan PEx
  • Permintaan PEx boleh dibuat dengan memilih ‘Buat Permintaan PEx’ daripada senarai butang yang terdapat di bawah opsyen Pembayaran Ekspres PEx.
  • Permintaan PEx akan muncul pada halaman pemberitahuan pengguna Connect Tablet Penerima dan juga bertindak sebagai peringatan sehingga Permintaan PEx diterima atau ditolak.
  • Apabila Penerima mengklik 'Terima' untuk Permintaan PEx, amaun yang dinyatakan dalam Permintaan PEx akan didebitkan daripada akaun Penerima dan dipindahkan secara terus ke dalam akaun Peminta PEx.
  • Jika Penerima memilih untuk ‘Tolak’ Permintaan PEx, pemberitahuan akan dihantar kepada Peminta PEx bahawa Permintaan PEX telah ditolak.
  • Hanya satu Permintaan PEx yang boleh dihantar pada suatu masa.
  • Jika Penerima permintaan PEx bukan pengguna Connect Mobile atau Connect Tablet, Peminta PEx akan dimaklumkan sewajarnya bahawa Permintaan PEx tidak dapat diselesaikan.
 
6.6 Untuk transaksi atau perkhidmatan yang memerlukan TAC:
(a) Anda boleh meminta TAC melalui Connect di mana TAC akan dihantar melalui SMS ke telefon mudah alih anda, yang telah didaftarkan terlebih dahulu dengan HLBB/HLISB. Tempoh penghantaran TAC bergantung pada tahap perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih anda.

(b) Jika anda memohon TAC lebih daripada sekali, permohonan TAC yang terdahulu akan menjadi tidak sah dan permohonan TAC yang terkini adalah yang sah untuk digunakan di Connect.
 
6.7 Pembayaran Bil & Pembelian Dalam Talian
(a) Anda boleh menggunakan perkhidmatan Pembayaran Bil untuk menyelesaikan bil atau polisi tertunggak anda dengan Perbadanan (perbadanan-perbadanan) Penerima Pembayaran sahaja dan anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi prosedur, keperluan dan terma pada masa tersebut bagi setiap Perbadanan (perbadanan-perbadanan) Penerima Pembayaran, berhubung dengan penyelesaian bil atau polisi masing-masing.

(b) Anda perlu membayar bil atau polisi anda sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Perbadanan (perbadanan-perbadanan) Penerima Pembayaran. HLBB/HLISB tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perbelanjaan, kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat kegagalan untuk mematuhi klausa ini.

(c) Akaun ini akan didebitkan dengan serta-merta apabila arahan-arahan pembayaran diterima oleh HLBB/HLISB melalui Perkhidmatan Pembayaran Bil.

(d) HLBB/HLISB akan melindungi anda daripada sebarang kerugian yang anda alami sekiranya HLBB/HLISB atas sebab kecuaiannya atau sengaja ingkar membuat pembayaran kepada Perbadanan (perbadanan-perbadanan) Penerima Pembayaran yang berkaitan pada tarikh matang selepas diarahkan oleh anda.

(e) Anda hendaklah menerima rekod transaksi-transaksi HLBB/HLISB yang diproses oleh penggunaan Perkhidmatan Pembayaran Bil sebagai muktamad dan mengikat untuk apa jua tujuan sekalipun.

(f) HLBB/HLISB boleh dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu meminda senarai Perbadanan (perbadanan-perbadanan) Penerima Bayaran atau mengubah skop atau menarik balik Perkhidmatan Pembayaran Bil secara keseluruhan atau sebahagian darinya dan HLBB/HLISB tidak akan bertangungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh anda atau mana-mana pihak ketiga akibat daripada tindakan tersebut oleh HLBB/HLISB.
 
6.8 Maklumat Akaun Yang Diperolehi Melalui Connect
(a) HLBB/HLISB akan berusaha untuk memastikan kesemua maklumat yang berkaitan dengan akaun Anda diberi dengan setepat yang mungkin di Connect. Meskipun begini, Anda memperakui bahawa HLBB/HLISB tidak menjamin ketepatan maklumat tersebut. Sekiranya Anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat tersebut tidak tepat, Anda akan melaporkannya kepada HLBB/HLISB yang akan membuat siasatan dan menyelesaikan ketidak tepatan tersebut dalam masa tujuh (7) hari perniagaan.

(b) Anda memperakui bahawa maklumat akaun seperti yang telah diberi kepada Anda melalui Connect mungkin tidak sentiasa lengkap dan terkini disebabkan kemungkinan terdapat transaksi yang belum diproses sepenuhnya, disahkan atau dibenarkan oleh HLBB/HLISB atau pihak ketiga (sepertimana yang berkenaan), Lanjutan daripada ini, HLBB/HLISB mempunyai kewajipan untuk melayan pertanyaan mengenai mana-mana akaun Anda yang berkaitan dengan Connect.

(c) Sekiranya berlaku ketidaksamaan antara maklumat akaun yang dilaporkan dalam Connect dan sistem utama (sistem perbankan Hos) HLBB/HLISB, maklumat akaun seperti yang dilaporkan oleh sistem utama dan boleh diakses di cawangan HLBB/HLISB diberi keutamaan.

(d) Untuk akaun di mana HLBB/HLISB memberikan penyata sepertimana yang dipersetujui di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat produk, kesemua transaksi dan arahan yang dijalankan melalui Connect akan masuk di dalam penyata. Anda bersetuju untuk bertanggungjawab mengesahkan kesemua transaksi dan maklumat di dalam penyata dan maklumkan HLBB/HLISB terhadap sebarang ketidaksamaan samada yang memihak kepada Anda atau tidak dalam tempoh empat belas (14) hari.
 
6.9 PEx - Bayaran Express
(a) PEx membenarkan anda melakukan yang berikut:
  • Pemindahan wang kepada Penerima Pembayaran melalui Pengambilan PEx ATM atau Pengambilan PEx Internet.
  • Menyediakan akaun PEx Direct untuk menerima Pembayaran PEx secara terus ke dalam akaun Semasa/Simpanan Hong Leong

(b) Selepas anda mengesahkan transaksi PEx, HLBB/HLISB akan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Penerima Pembayaran memberitahu mereka bahawa terdapat Pembayaran PEx daripada anda untuk mereka ambil dalam jangka masa yang ditetapkan; atau Pembayaran PEx telah dikreditkan ke dalam akaun Semasa/Simpanan PEx Direct Hong Leong.

(c) Pembayaran PEx akan diproses ke akaun anda pada hari yang sama. Bagi transaksi PEx yang menunggu pengambilan oleh Penerima Pembayaran, akaun anda akan disediakan untuk amaun pembayaran (“Amaun Diperuntukkan”). Amaun Diperuntukkan akan dilepaskan kembali ke akaun anda pada tamat tempoh masa pengambilan yang ditetapkan, jika Penerima Pembayaran tidak mengambil Pembayaran PEx.

(d) Untuk Pengambilan PEx Internet:
  • Penerima Pembayaran akan memerlukan Kod Pengambilan bagi mengambil pembayaran.
  • Kod Pengambilan dimaklumkan kepada anda oleh HLBB/HLISB selepas pengesahan transaksi PEx anda.
  • Anda perlu menyediakan Kod Pengambilan kepada Penerima Pembayaran sahaja. Anda tidak boleh:
  • - Mendedahkan Kod Pengambilan kepada sesiapa melainkan Penerima Pembayaran
    - Membenarkan mana-mana orang selain daripada Penerima Pembayaran melihat atau mendengar anda menyampaikan Kod Pengambilan
    - Mencatatkan Kod Pengambilan di mana-mana yang terdedah kepada kehilangan, kecurian atau salah guna.
  • Jika Kod Pengambilan diberikan kepada orang lain selain daripada Penerima Pembayaran, orang tersebut mungkin dapat mengambil pembayaran Penerima Pembayaran.
  • Penerima Pembayaran perlu melayari www.hongleongconnect.my/pex dan melengkapkan medan berikut:
  • - Kod Pengambilan
    - Nombor telefon mudah alih
    - Amaun tepat Pembayaran PEx yang mereka ambil
    - Butiran akaun bank yang mereka mahu Pembayaran PEx didepositkan
  • Jika mana-mana butiran ini dimasukkan secara tidak betul, pengambilan Pembayaran PEX mungkin gagal. Semua butiran yang dimasukkan oleh Penerima Pembayaran di www.hongleongconnect.my/pex perlu tepat. Semasa pemprosesan pembayaran, HLBB/HLISB tidak ada kewajipan untuk memastikan nombor akaun yang dimasukkan sepadan dengan pemegang akaun atau butiran yang disediakan.
  • Jika Penerima Pembayaran gagal mengambil Pembayaran PEx dalam tempoh masa yang ditetapkan, Amaun Diperuntukkan akan dipulangkan, dan Penerima Pembayaran tidak akan dapat lagi mengambil Pembayaran PEx.

(e) Untuk Pengambilan PEx ATM:
  • Penerima Pembayaran akan memerlukan Kod Pengambilan dan PIN PEx bagi mengambil pembayaran.
  • Kod Pengambilan dimaklumkan kepada anda oleh HLBB/HLISB selepas pengesahan transaksi PEx anda.
  • PIN PEx akan diberikan kepada Penerima Pembayaran oleh HLBB/HLISB dalam pemberitahuan SMS kepada Penerima Pembayaran.
  • Anda perlu menyediakan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx kepada Penerima Pembayaran sahaja. Anda tidak boleh:
  • - Mendedahkan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx kepada sesiapa melainkan Penerima Pembayaran
    - Membenarkan mana-mana orang selain daripada Penerima Pembayaran melihat atau mendengar anda menyampaikan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx
    - Mencatatkan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx di mana-mana yang terdedah kepada kehilangan, kecurian atau salah guna.
  • Jika Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx diberikan kepada orang lain selain daripada Penerima Pembayaran, orang tersebut mungkin dapat mengambil pembayaran Penerima Pembayaran.
  • Penerima Pembayaran dikehendaki untuk pergi ke mana-mana terminal HLBB/HLISB ATM, pilih "Pengambilan PEx ATM" dan melengkapkan medan berikut:
  • - PIN PEx
    - Kod Pengambilan
    - Nombor telefon mudah alih
    - Amaun tepat Pembayaran PEx yang mereka ambil
    - Butiran akaun bank yang mereka mahu Pembayaran PEx didepositkan
  • Jika mana-mana butiran ini dimasukkan secara tidak betul, pengambilan Pembayaran PEX mungkin gagal. Semua butiran yang dimasukkan oleh Penerima Pembayaran di terminal HLBB/HLISB ATM perlu tepat.
  • Jika Penerima Pembayaran gagal mengambil Pembayaran PEx dalam tempoh masa yang ditetapkan, Amaun Diperuntukkan akan dipulangkan, dan Penerima Pembayaran tidak akan dapat lagi mengambil Pembayaran PEx.

(f) Anda bersetuju untuk menasihati Penerima Pembayaran bahawa anda telah memberikan nombor telefon mudah alih mereka kepada HLBB/HLISB untuk tujuan memberitahu mereka tentang Pembayaran PEx itu.

(g) Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa butiran-butiran yang diberikan oleh anda adalah tepat atau Pembayaran PEx anda mungkin tidak berjaya atau mungkin dibayar kepada orang yang tidak diingini. HLBB/HLISB tidak akan membuat pengesahan bahawa segala butiran yang diberikan oleh anda adalah betul.

(h) Jika Penerima Pembayaran berhasrat untuk mempertikaikan Pembayaran PEx yang tidak berjaya dan/atau amaun pengambilan Pembayaran PEx, Penerima Pembayaran perlu menghubungi anda secara terus.

(i) HLBB/HLISB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian pada anda atau Penerima Pembayaran akibat daripada:
  • Anda mendedahkan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx kepada mana-mana orang selain daripada Penerima Pembayaran. KOD PENGAMBILAN DAN/ATAU PIN PEX ANDA ADALAH SULIT HANYA KEPADA ANDA DAN TIDAK BOLEH DIKONGSI BERSAMA DENGAN ORANG LAIN SELAIN PENERIMA PEMBAYARAN. ANDA DIBERI AMARAN SUPAYA TIDAK MENGHANTAR PEMBAYARAN PEX KEPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI. HLBB/HLISB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA ANDA MENYAMPAIKAN KOD PENGAMBILAN DAN/ATAU PIN PEX KEPADA MANA-MANA ORANG LAIN SELAIN DARIPADA PENERIMA PEMBAYARAN.
  • Anda gagal memberikan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx kepada Penerima Pembayaran

(j) HLBB/HLISB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang akibat daripada:
  • Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh anda untuk memberikan Penerima Pembayaran Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx yang betul untuk tujuan pengambilan Pembayaran PEx
  • Jika mana-mana orang selain daripada Penerima Pembayaran menyedari akan Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx selain daripada akibat kegiatan penipuan atau kecuaian pekerja-pekerja atau ejen-ejen HLBB/HLISB sehingga satu jumlah maksimum yang bersamaan dengan had transaksi kegagalan harian yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB
  • Jika Kod Pengambilan dan/atau PIN PEx yang dimasukkan oleh Penerima Pembayaran semasa mengambilkan Pembayaran PEx adalah salah
  • Jika HLBB/HLISB lewat, menghalang atau enggan untuk memproses Pembayaran PEx atas apa-apa sebab
  • HLBB/HLISB TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP KEROSAKAN KERANA KELEWATAN ATAU KEGAGALAN PENGHANTARAN MANA-MANA MESEJ PEMBERITAHUAN
 
6.10 Transaksi Pengeluaran Tanpa Kad
(a) Transaksi Pengeluaran Tanpa Kad membolehkan anda melakukan perkara yang berikut:
  • Pengeluaran tunai dari akaun perbankan HLBB/HLISB anda tanpa menggunakan Kad ATM atau Kad Debit anda

(b) Selepas anda mengesahkan transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect Mobile atau Connect Tablet. HLBB/HLISB dan/atau penyedia perkhidmatan akan menghantar SMS kepada anda, memberitahu bahawa pengambilan wang tunai boleh didapati di mana-mana terminal ATM HLBB/HLISB dalam tempoh masa yang ditetapkan.

(c) Urus niaga Pengeluaran Tanpa Kad akan diproses daripada akaun perbankan HLBB/HLISB dipilih anda pada hari yang sama. Sementara menunggu pengambilan dalam tempoh yang telah ditetapkan, akaun HLISB/HLBB dipilih anda akan diperuntukkan bagi jumlah yang hendak diambilkan ("Amaun Pengeluaran Diperuntukkan"). Amaun Pengeluaran Diperuntukkan akan dilepaskan kembali ke akaun perbankan HLBB/HLISB dipilih anda pada akhir tempoh yang telah ditetapkan, jika anda tidak mengambil Amaun Pengeluaran Diperuntukkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam keadaan tersebut, anda dikehendaki melakukan transaksi Pengeluaran Tanpa Kad yang baharu.

(d) Untuk Pengambilan daripada ATM:
  • Anda memerlukan Kod Pengeluaran Tanpa Kad bagi mengambil Amaun Pengeluaran Diperuntukkan.
  • Kod Pengeluaran Tanpa Kad akan diberi selepas setiap permintaan yang berjaya untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad melalui Connect
  • Jika Kod Pengeluaran Tanpa Kad diberikan/didedahkan kepada sesiapa lain, orang lain mungkin boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana terminal ATM HLBB / HLISB.
  • Anda dikehendaki untuk pergi ke mana-mana terminal ATM HLBB/HLISB, pilih "Pengeluaran Tanpa Kad" dan mengisi bidang-bidang berikut ("Transaksi Data Tanpa Card"):

  • - Kod Pengeluaran Tanpa Kad
    - Amaun tepat Amaun Pengeluaran Diperuntukkan yang anda hendak ambil
  • Jika mana-mana butiran ini dimasukkan secara tidak betul, pengambilan Amaun Pengeluaran Diperuntukkan mungkin gagal. Semua butiran yang dimasukkan oleh anda di terminal ATM HLBB/HLISB perlu tepat.
  • Amaun Pengeluaran Diperuntukkan akan dilepaskan kembali ke akaun perbankan HLBB/HLISB dipilih anda pada akhir tempoh yang telah ditetapkan, jika anda tidak mengambil Amaun Pengeluaran Diperuntukkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam keadaan tersebut, anda dikehendaki melakukan transaksi Pengeluaran Tanpa Kad yang baharu.

(e) HLBB/HLISB tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap kerosakan kerana:
  • Anda mendedahkan Transaksi Data Tanpa Card kepada sesiapa lain. TRANSAKSI DATA TANPA CARD ANDA ADALAH SULIT HANYA KEPADA ANDA. HLBB/HLISB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA ANDA MENYAMPAIKAN TRANSAKSI DATA TANPA CARD KEPADA MANA-MANA ORANG LAIN.

(f) HLBB/HLISB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang akibat daripada:
  • Jika sesiapa lain menyedari akan Transaksi Data Tanpa Card selain daripada akibat kegiatan penipuan atau kecuaian pekerja-pekerja atau ejen-ejen HLBB/HLISB sehingga satu jumlah maksimum yang bersamaan dengan had transaksi kegagalan harian yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB
  • Jika Transaksi Data Tanpa Card yang dimasukkan oleh anda semasa mengambilkan Amaun Pengeluaran Diperuntukkan adalah salah
  • Kegagalan anda untuk mengambil Amaun Pengeluaran Diperuntukkan dari mana-mana terminal ATM HLBB/HLISB dalam tempoh yang telah ditetapkan kerana apa-apa sebab sekalipun
  • Jika HLBB/HLISB lewat, menghalang atau enggan untuk memproses transaksi Pengeluaran Tanpa Kad atas apa-apa sebab
  • HLBB/HLISB TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP KEROSAKAN KERANA KELEWATAN ATAU KEGAGALAN PENGHANTARAN MANA-MANA MESEJ PEMBERITAHUAN

 
6.11 Perkhidmatan Pembayaran PEx+
(a) Untuk menggunakan Perkhidmatan Pembayaran PEx+, peranti mudah alih dan tablet anda mestilah mempunyai kamera untuk mengimbas Kod QR yang dijana oleh Saudagar PEx+.

(b) Dengan melancarkan PEx+ dalam Connect Mobile atau Connect Tablet, anda boleh mengimbas Kod OR pembelian anda di Terminal PEx+ dan menerima pembelian tersebut melalui PEx +.

(c) Kod QR yang dijana oleh Terminal PE+ adalah unik dan terenkripsi yang hanya boleh dibaca oleh Connect Mobile dan Connect Tablet. Anda dikehendaki menggunakan hanya Connect Mobile dan/atau Connect Tablet untuk mengimbas Kod QR di Saudagar PEx+. Jangan gunakan mana-mana pembaca kod bar yang lain atau bertindak balas kepada mana-mana format Kod QR melalui mana-mana saluran komunikasi lain seperti e-mel, SMS atau kaedah lain.

(d) Bank tidak membuat sebarang jaminan atau representasi yang berkaitan dengan kualiti dan spesifikasi barangan (contohnya model, bahan, warna, dan lain-lain) dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Saudagar PEx+. Anda dengan ini bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menjadikan Bank sebagai suatu pihak kepada apa-apa pertikaian atau tuntutan oleh anda atas kecacatan pada bahan atau mutu kerja yang berkaitan dengan barangan dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Saudagar PEx+ dan anda berjanji untuk menangani secara langsung dengan Saudagar PEx+ untuk mana-mana tuntutan tersebut (termasuk tuntutan balik bayaran atau penggantian barangan dan/atau perkhidmatan yang dibeli).

(e) Pecahan bayaran untuk barangan dan/atau perkhidmatan kepada berbilang Transaksi PEx+ tidak akan dibenarkan, walaupun anda mengekalkan lebih daripada satu (1) Akaun yang telah didaftarkan untuk Perkhidmatan Pembayaran PEx+.
 
6.12 Penghantaran SMS berhubung dengan PEx dan transaksi Pengeluaran Tanpa Kad
(a) HLBB/HLISB dan/atau pembekal perkhidmatannya tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa jua kesesakan trafik SMS, kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang mungkin dialami oleh Pembekal Perkhidmatan Rangkaian Bergerak masing-masing semasa proses menghantar SMS kepada anda yang boleh menyebabkan kegagalan atau kelewatan penghantaran SMS selepas permintaan anda untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad dan/atau PEx.

(b) Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat kenalan anda dan juga maklumat kenalan Penerima Pembayaran (dalam hal Pembayaran Express PEx) dikemaskini, tepat dan lengkap, dan jika tidak, HLBB/HLISB dan/atau pembekal perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab ke ketakterimaan SMS selepas permintaan anda untuk transaksi Pengeluaran Tanpa Kad dan/atau PEx.

(c) HLBB/HLISB dan/atau pembekal perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab jika anda dan/atau Pembekal Perkhidmatan Rangkaian Telefon Penerima anda tidak dapat menyokong penerimaan SMS dari HLBB/HLISB kerana apa-apa sebab jua pun dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Pembekal Perkhidmatan Rangkaian Mobile anda dan/atau penerima anda (untuk PEX Pembayaran Express) mampu menyokong penerimaan mesej SMS daripada HLBB/HLISB dan/atau pembekal perkhidmatannya sebelum menggunakan perkhidmatan.
 
6.13 Ketersediaan Perkhidmatan-perkhidmatan
(a) Connect tersedia tujuh (7) hari seminggu dan dari jam 12.10am hingga 11.55pm melainkan HLBB/HLISB memberitahu anda sebaliknya atau untuk sebarang sebab yang di luar kawalan HLBB/HLISB. HLBB/HLISB tidak memberi jaminan yang Connect akan tersedia sepanjang masa.

(b) Sekiranya Connect tidak tersedia, anda boleh menjalankan transaksi-transaksi anda di mana-mana cawangan HLISB/HLBB atau menggunakan perkhidmatan perbankan alternatif lain yang disediakan untuk anda.

(c) HLBB/HLISB berhak untuk menyahaktifkan akaun anda dalam Connect jika perkhidmatan tidak digunakan selama tiga (3) bulan atau apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh HLBB/HLISB mengikut budi bicaranya tanpa sebarang notis awal tentang nyah aktif tersebut.

(d) Kebolehpercayaan Maklumat – Maklumat termasuk dan tidak terhad kepada kadar faedah, kadar tukaran mata wang asing, maklumat produk yang dipetik atau disediakan oleh Connect adalah untuk tujuan petunjuk sahaja. Kadar atau harga sebenar yang terpakai bagi transaksi tertentu hanya boleh ditentukan pada masa transaksi yang berkaitan berlaku.
 
7.0 Arahan-arahan
7.1 Semua transaksi yang dilakukan melalui Kod-kod Keselamatan, akan dianggap sebagai arahan-arahan dan kebenaran-kebenaran yang diberikan oleh anda kepada HLBB/HLISB dan HLBB/HLISB akan dan dengan ini diberi kuasa untuk bergantung dan bertindak sesuai dengan arahan-arahan yang diberikan oleh atau bagi pihak nama anda tanpa menyiasat dibahagiannya mengenai identiti orang yang memberi atau bermaksud untuk memberikan arahan-arahan tersebut atau bagi ketulenan arahan-arahan tersebut dan HLBB/HLISB sama sekali tidak bertanggung jawab atas segala penyalahgunaan atau penggunaan tanpa kebenaran mesej-mesej atau arahan-arahan yang diberikan kepada HLBB/HLISB.Walaupun mungkin ada transaksi yang dipertikaikan oleh anda atas apa jua alasan sekalipun termasuk alasan bahawa orang yang memberi arahan-arahan itu adalah bukan anda, HLBB/HLISB berhak untuk menganggap arahan-arahan tersebut sebagai mengikat anda dan HLBB/HLISB berhak untuk mengambil langkah-langkah tertentu selaras dengan atau bergantung kepada arahan-arahan tersebut. HLBB/HLISB tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala kerugian, kerosakan dan perbelanjaan yang ditanggung oleh anda atau orang lain kerana mematuhi arahan-arahan tersebut.

7.2 Setelah dikeluarkan atau dihantar, arahan-arahan tersebut tidak boleh ditarik balik dan akan menjadi bukti yang konklusif bahawa arahan-arahan tersebut datang dari anda.

7.3 Anda mesti memastikan bahawa arahan-arahan yang dikeluarkan adalah lengkap, tepat dan betul.

7.4 HLBB/HLISB berhak untuk mendebitkan Akaun anda serta merta selepas penyempurnaan sebarang transaksi yang diarahkan oleh anda melalui Connect menggunakan Kod Keselamatan anda.

7.5 Anda boleh mengeluarkan arahan-arahan untuk membatalkan, menarik semula, memansuhkan atau meminda arahan terdahulu anda dan HLBB/HLISB hanya boleh mematuhi arahan berikutnya dengan syarat arahan terdahulu belum dilaksanakan.

7.6 HLBB/HLISB berhak untuk tidak mematuhi arahan-arahan anda jika ia tidak konsisten dengan polisi HLBB/HLISB atau peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa pada masa tersebut.
 
8.0 Rekod-rekod Transaksi
8.1 Sebarang arahan yang dihantar atau diterima oleh HLBB/HLISB selepas takat waktu pemprosesan yang relevan pada setiap Hari Bekerja akan dianggap sebagai diberikan dan diproses pada Hari Bekerja berikutnya. Takat waktu untuk pemprosesan Arahan-arahan dan transaksi-transaksi boleh diubah-ubah oleh HLBB/HLISB dari semasa ke semasa atas dasar budi bicara mutlak tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.

8.2 Transaksi-transaksi yang belum disahkan atau diproses oleh HLBB/HLISB tidak akan muncul dalam baki Akaun tersedia untuk anda melalui skrin Connect dan tidak akan menjadi konklusif terhadap keadaan Akaun berkenaan.

8.3 HLBB/HLISB akan mengeluarkan penyata-penyata Akaun sejajar dengan Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Akaun-akaun yang berkaitan, yang mana akan merangkumi transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui Connect. Penyata-penyata akaun tersebut merupakan bukti yang mengikat dan konklusif terhadap transaksi-transaksi yang dilakukan oleh anda.
 
9.0 Had-had Transaksi
9.1 Kecuali diarahkan oleh anda atau tanpa kehadiran anda memilih suatu had bagi melaksanakan transaksi-transaksi melalui Connect, HLBB/HLISB berhak menentukan dan mengenakan sebarang had sama ada dalam amaun, frekuensi dan penggunaan atau sebaliknya terhadap mana-mana Connect dan/atau Kod Keselamatan tanpa memberitahu anda tujuan ia mengawalnya. Anda boleh mengubah had-had transaksi yang dijalankan dengan memberi notis terlebih dahulu secara bertulis kepada HLBB/HLISB. HLBB/HLISB adalah tidak terikat untuk memastikan yang anda tidak melebihi had-had tersebut.

9.2 HLBB/HLISB berhak untuk meminta anda untuk mengekalkan baki minimum dalam Akaun (akaun-akaun) pada mana-mana satu masa. Sekiranya baki Akaun (akaun- akaun) berada di bawah baki minimum yang diperlukan, HLBB/HLISB boleh atas budi bicara mutlaknya mengenakan penalti, menggantung atau menamatkan penggunaan Connect anda.
 
10.0 Yuran-yuran Perkhidmatan, Komisen-komisen dan Caj-caj
10.1 HLBB/HLISB berhak mengenakan yuran-yuran perkhidmatan dan caj-caj lain untuk Connect Online, Connect Mobile dan Connect Tablet yang digunakan oleh anda dari semasa ke semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk yuran perkhidmatan yang ditanggung bagi tujuan memberitahu penerima transaksi pindahan dana anda. Senarai yuran dan caj yang berkenaan boleh didapati di laman web Hong Leong Connect di www.hongleongconnect.my dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

10.2 Tanpa mengambil kira pengenaan yuran-yuran perkhidmatan dan caj-caj tersebut, transaksi-transaksi yang dilakukan melalui Akaun-akaun akan dikenakan caj-caj dan komisen-komisen biasa. HLBB/HLISB mempunyai hak mutlak untuk mengubah yuran-yuran perkhidmatan, komisen-komisen dan caj-caj tersebut pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu kepada anda.

10.3 Bagi tujuan mengutip yuran-yuran, komisen-komisen dan caj-caj tersebut, anda dengan ini memberikan kuasa kepada HLBB/HLISB untuk mendebitkan Akaun anda untuk bayaran yuran-yuran, komisen-komisen dan caj-caj tersebut dan sebarang caj dan cukai Kerajaan bagi penggunaan Connect.
 
11.0 Tanggungjawab-tanggungjawab Anda
11.1 Butiran-butiran Keselamatan - Anda hendaklah mengambil segala langkah berwaspada untuk memastikan dan mencegah penggunaan tanpa kebenaran dan penipuan pada penggunaan Connect atau mana-mana bahagiannya dan Kod-kod Keselamatan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-
(a) Kod-kod Keselamatan, yang mana termasuk Nama pengguna, Kata Laluan, PIN ATM, ID Sementara, TAC dan Soalan Keselamatan anda, mesti disimpan sebagai rahsia, tidak boleh dicapai oleh mana-mana orang dan tidak ditulis dalam sebarang bentuk atau cara yang boleh ditafsirkan oleh sesiapa atau disimpan bersama atau didedahkan atau diperlihatkan kepada mana-mana orang (termasuk pekerja HLBB/HLISB) dalam sebarang keadaan atau pada bila-bila masa. Mana-mana nasihat yang dihantar kepada anda yang mengandungi Kod-kod Keselamatan, mesti dihapuskan dengan segera selepas anda menerima dan membacanya. Mana-mana e-mel atau SMS yang meminta Kod-kod Keselamatan anda hendaklah dilaporkan kepada HLBB/HLISB dengan segera;

(b) anda mesti memastikan bahawa peralatan yang anda gunakan tidak membenarkan aktiviti-aktiviti anda dirakamkan dan anti-spyware dan firewall yang perlu telah dipasang;

(c) anda akan memastikan bahawa anda sentiasa log masuk ke URL yang betul untuk Perbankan Dalam Talian dan Gambar Keselamatan yang betul dipaparkan;

(d) bahawa anda tidak menggunakan Connect melalui kafe-kafe internet atau mana-mana tempat awam yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan Internet dan anda akan log keluar daripada Connect sebelum meninggalkan terminal komputer anda;

(e) bahawa anda mendaftar keluar Connect Mobile atau Connect Tablet anda dengan serta merta selepas anda kehilangan telefon mudah alih atau tablet anda;

(f) anda akan menukar Kata Laluan apabila diminta secara berkala;

(g) Tidak Boleh Dipindahmilik: Kod-kod Keselamatan dikeluarkan semata-mata untuk kegunaan anda dan anda tidak boleh memindahkan, menyandarkan atau juga menggunakannya sebagai sekuriti dalam sebarang bentuk mahupun membenarkan penggunaannya oleh mana-mana orang lain;

(h) Pendedahan Kod Keselamatan: Jika Kod Keselamatan didedahkan atau disyaki didedahkan kepada mana-mana orang, anda perlu segera menukar Kod Keselamatan, mengikut kesnya, untuk melindungi kepentingan anda sendiri. HLBB/HLISB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami dalam keadaan sedemikian.

11.2 Soalan-soalan Lazim (FAQ)
Anda hendaklah membaca dan memahami FAQ sebelum cuba untuk menggunakan Connect dan jangan melaksanakan apa-apa arahan atau menggunakan HLB semasa kehadiran mana-mana orang lain.

11.3 Baki dalam Akaun-akaun
(a) Anda perlu memeriksa dengan kerap dan memantau dengan teliti Akaun dan baki dan memeriksa baki setiap kali sebelum mengeluarkan sebarang arahan kepada HLBB/HLISB.

(b) Anda perlu segera memaklumkan HLBB/HLISB akan sebarang ketidaktepatan atau kejanggalan dalam mana-mana Akaun.

11.4 Ketersediaan Dana
(a) Anda hendaklah memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi di dalam Akaun untuk melaksanakan apa-apa transaksi yang anda perlukan, kecuali anda telah membuat perkiraan terlebih dahulu dengan HLBB/HLISB.

(b) HLBB/HLISB tidak berkewajipan untuk menjalankan apa-apa arahan sehingga dan melainkan Akaun berkenaan mempunyai dana yang mencukupi.

11.5 Pemegang Akaun-akaun Bersama:
Salah seorang pemegang akaun boleh mengeluarkan arahan-arahan dan membenarkan HLBB/HLISB untuk melaksanakan apa-apa transaksi ke atas akaun bersama. Semua transaksi yang timbul daripada penggunaan Kod-kod Keselamatan, untuk mengendalikan akaun bersama yang ditetapkan, adalah mengikat ke atas semua pemegang akaun, dan hendaklah menjadi bersesama dan berasingan bertanggungjawab atas semua transaksi. Mandat pemegang akaun bersama tidak boleh dibatalkan sehingga dan melainkan pemegang akaun bersama yang mandatnya hendak dibatalkan menyerahkan Kod-kod Keselamatan kepada HLBB/HLISB.

11.6 Jika anda menerima data atau maklumat melalui Connect yang tidak ditujukan untuk anda, anda hendaklah dengan segera memaklumkan HLBB/HLISB melalui telefon atau e-mel dan memadamkannya.

11.7 Peruntukan ini hendaklah terselamat dari penamatan Connect.
 
12.0 Pematuhan Undang-undang Lain
Penggunaan Connect di luar Malaysia adalah tertakluk kepada Peraturan Kawalan Pertukaran Bank Negara Malaysia atau mana-mana fiskal atau keperluan-keperluan kawalan pertukaran yang dikuatkuasakan pada masa itu di negara di mana transaksi dilakukan atau diminta dan undang-undang dan peraturan-peraturan Malaysia dan negara di mana transaksi dilakukan atau diminta. Anda dikehendaki untuk mematuhi undang-undang dan peraturan tersebut apabila menggunakan Connect.
 
13.0 Liabiliti Pelbagai Pihak
13.1 Dengan menggunakan Connect, anda mengakui dan bersetuju:-
(a) untuk menerima risiko yang ada yang berkait dengan pelaksanaan transaksi melalui Internet dan peranti elektronik mudah alih; dan

(b) bahawa HLBB/HLISB dan Ahli-ahli Gabungannya tidak melakukan sebarang representasi atau waranti, sama ada secara nyata atau tersirat berkenaan dengan Connect, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. Tidak ada maklumat lisan atau bertulis atau nasihat diberikan oleh HLBB/HLISB, Ahli-ahli Gabungannya dan kakitangan, pekerja-pekerja atau agen-agen masing-masing akan mewujudkan atau mempertingkatkan skop waranti ini.

13.2 Anda mesti bertanggungjawab dan bertanggungan, tanpa sebarang had, untuk perkara-perkara berikut:-
(a) sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan oleh semua transaksi tanpa kebenaran yang dilakukan melalui penggunaan Kod-kod Keselamatan sehinggalah apabila HLBB/HLISB telah menerima notis bertulis tentang perkara tersebut dari anda;

(b) sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dan semua risiko yang timbul, sekiranya anda tidak menamatkan Connect mengikut prosedur yang relevan yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB bagi penggunaan Connect;

(c) sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh HLBB/HLISB sebagai akibat dari pelanggaran atau kegagalan anda mematuhi mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana prosedur berkaitan yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB.

13.3
(a) Tanpa memprejudis mana-mana peruntukan lain di sini, HLBB/HLISB tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang kerugian (sama ada langsung atau tidak langsung) pada keuntungan-keuntungan atau perniagaan atau nama baik, atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak langsung atau akibat langsung daripadanya walau apapun atau walaubagaimana sekalipun ia timbul, walaupun HLBB/HLISB telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan atau tuntutan tersebut oleh mana-mana pihak ketiga.

(b) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di sini, satu-satunya dan keseluruhan liabiliti HLBB/HLISB kepada anda dalam kontrak, tort, (termasuk kecuaian atau perlanggaran kewajipan statutori) atau sebaliknya timbul oleh sebab atau berkaitan dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau walaubagaimana sekalipun hendaklah tidak melebihi jumlah transaksi yang terlibat yang menyebabkan timbulnya tuntutan atau kerosakan-kerosakan langsung yang dialami, mana-mana yang lebih rendah.

(c) Setiap peruntukan dalam Klausa 13.3 ini hendaklah ditafsirkan sebagai had berasingan yang terpakai dan berkekalan walau atas apa jua alasan satu atau peruntukan-peruntukan yang lain tidak boleh dipakai atau pun tidak munasabah dalam apa jua keadaan dan hendaklah tetap berkuatkuasa walaupun berlakunya penamatan Akaun-akaun atau Connect.

13.4 Tanpa membataskan keluasan makna Klausa 13.3, HLBB/HLISB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian, kerosakan atau malu yang ditanggung atau dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga disebabkan atau muncul dari:-
(a) kegagalan anda memberi Arahan-arahan yang tepat, lengkap dan tepat waktu dikeluarkan kepada HLBB/HLISB atau kegagalan untuk mematuhinya; atau

(b) terhadap ketidakupayaan anda untuk melakukan sebarang transaksi disebabkan had-had yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB dari semasa ke semasa, atau

(c) sebarang ralat, perubahan, kemusnahan Arahan-arahan, data atau maklumat kepada atau daripada HLBB/HLISB melalui Connect, pada internet, telefon mudah alih dan tablet; atau

(d) sebarang gangguan atau serangan oleh mana-mana orang atau pihak tertentu pada mana-mana perkakasan, perisian atau sistem yang digunapakai berkaitan dengan Connect atau pada Internet, telefon mudah alih dan tablet, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus-virus, Trojan Horses, malware dan/atau makro-makro atau komponen-komponen berbahaya lain atau peranti-peranti yang tidak berfungsi yang boleh menggantung, mengganggu atau melumpuhkan Connect atau mana-mana bahagian daripadanya; atau

(e) sebarang sekatan atau larangan terhadap penggunaan Connect oleh mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan mana-mana negara dari mana anda mengakses Connect; atau

(f) Jika HLBB/HLISB tidak dapat menjalankan sebarang operasi atau untuk menyediakan apa-apa Perkhidmatan disebabkan apa jua alasan di luar kawalan HLBB/HLISB termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, wabak penyakit, bencana alam, kemalangan, rusuhan, kekacauan awam, pertikaian industri, tindakan musuh awam, sekatan, perang, atau apa jua kegagalan, kelewatan atau gangguan telekomunikasi, elektrik, bekalan bahan api atau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Rangkaian, Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih atau Ahli-ahli Gabungan atau apa-apa faktor yang di luar kawalan HLBB/HLISB.
 
14.0 Tanggung rugi
Anda mengakujanji untuk menanggung rugi HLBB/HLISB sepenuhnya dan keseluruhannya terhadap semua dakwaan, tuntutan, tindakan, prosiding, kerugian dan perbelanjaan (termasuk kos-kos guaman antara peguam dan pelanggan sendiri) dan semua liabiliti lain dalam apa jua keadaan atau keterangan yang mungkin dibuat di ambil ditanggung atau dialami oleh HLBB/HLISB berhubung dengan atau dalam cara apapun yang timbul dari penyediaan Connect atau dari penerimaan akan apa-apa Arahan yang diberikan oleh anda atau pelanggaran oleh anda pada mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat. Liabiliti-liabiliti anda akan menjadi liabiliti yang berterusan dan akan kekal berkuatkuasa walaupun penamatan Connect.
 
15.0 Penggantungan atau Penamatan Connect oleh HLBB/HLISB
15.1 HLBB/HLISB boleh atas budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, menggantung atau menamatkan akses anda kepada Connect atau mana-mana bahagian perkhidmatan-perkhidmatan tanpa berkewajipan untuk memberikan alasan untuk berbuat sedemikian,

15.2 HLBB/HLISB akan secara automatik menamatkan hak akses anda kepada Connect jika anda berhenti mengekalkan mana-mana Akaun dengan HLBB/HLISB yang boleh diakses melalui Connect atau jika akses anda kepada Akaun-akaun tersebut digantung, dihadkan atau dilarang oleh HLBB/HLISB atau mana-mana pihak ketiga untuk apa-apa sebab.

15.3 Jika anda berhasrat untuk menamatkan Connect, anda sendiri perlu menamatkan perkhidmatan tersebut mengikut terma-terma dan syarat-syarat ini. Connect seterusnya akan ditamatkan serta merta.
 
16.0 Keberasingan dan Penepian
16.1 Jika terdapat mana-mana peruntukan yang didapati tidak sah, batal, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang, peruntukan tersebut akan menjadi tidak efektif setakat ketidaksahan, kepalsuan, larangan atau ketidakboleh untuk dikuatkuasakan tersebut tanpa membatalkan dengan cara apapun peruntukan-peruntukkan lain di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

16.2 Penerimaan HLBB/HLISB terhadap mana-mana Arahan atau pemprosesan terhadap mana-mana Arahan yang dikeluarkan melebihi masa-masa yang ditetapkan atau mana-mana penepian oleh HLBB/HLISB dari sebarang haknya atau apa-apa kelonggaran yang diberikan kepada anda tidak akan beroperasi sebagai persetujuan terhadap pengubahsuaian mana-mana bahagian daripada Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau untuk menghalang HLBB/HLISB dari menguatkuasakan atau sebarang haknya di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau peraturan-peraturan dan undang-undang atau terma-terma dan syarat-syarat untuk Akaun-akaun.
 
17.0 Notis-notis
17.1 Sebarang notis yang hendak disampaikan berkaitan dengan Connect oleh HLBB/HLISB kepada anda boleh disampaikan melalui salah satu daripada cara berikut sepertimana yang ditentukan oleh HLBB / HLISB mengikut budi bicara mutlaknya: -
(a) melalui SMS elektronik ke alamat e-mel terakhir yang dikenalpasti dalam rekod HLBB/HLISB dan notis tersebut hendaklah dianggap sebagai telah diterima selepas dua puluh empat (24) jam dari masa penghantaran, atau

(b) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih ke nombor telefon bimbit anda yang terakhir diketahui di dalam rekod-rekod HLBB/HLISB dan notis-notis tersebut adalah bergantung kepada terma-terma dan syarat-syarat Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih dan status kebolehhubungan telefon mudah alih anda, dan hendaklah dianggap sebagai telah diterima selepas dua puluh empat (24) jam dari masa penghantaran, atau

(c) melalui pos biasa atau pos berdaftar atau kurier yang dihantar kepada atau ditinggalkan di alamat terakhir anda yang berdaftar dengan HLBB/HLISB dan hendaklah dianggap telah terima oleh anda dalam tempoh lima (5) Hari Bekerja dari hari diposkan jika dihantar melalui pos biasa atau berdaftar dan dalam masa dua (2) Hari Bekerja dari hari dihantar jika melalui kurier, atau

(d) dengan memaparkan notis-notis di premis-premis cawangan HLBB/HLISB atau laman sesawang HLBB/HLISB dan notis itu hendaklah disifatkan efektif selepas paparan tersebut; atau

(e) dengan cara iklan atau notis umum dalam salah satu akhbar utama nasional dan notis tersebut hendaklah disifatkan efektif dari tarikh notis tersebut atau tarikh yang ditentukan dalam notis, sepertimana kesnya.

17.2 Apa-apa notis (tidak termasuk Arahan-arahan) di sini yang diperlukan untuk dihantar oleh anda kepada HLBB/HLISB boleh diberikan melalui salah satu daripada cara berikut:
(a) melalui Connect kepada HLBB/HLISB dan notis tersebut hendaklah dianggap sebagai telah diterima selepas anda menerima pengesahan penerimaan tersebut melalui mel elektronik dari sistem HLBB/HLISB; atau

(b) melalui mana-mana Saluran Komunikasi Yang Dibenarkan kepada Pusat Panggilan Hong Leong di alamat yang dinyatakan di bawah ini dalam Klausa 20.2 dan notis tersebut hendaklah dianggap sebagai telah diterima oleh HLBB/HLISB selaras dengan waktu yang ditetapkan oleh Saluran Komunikasi Yang Dibenarkan;

(c) melalui pos biasa atau pos berdaftar atau kurier yang dihantar atau ditinggalkan di cawangan di mana Akaun diselenggarakan dan hendaklah dianggap sebagai telah diterima oleh HLBB/HLISB dalam masa tujuh (7) Hari Bekerja dari hari diposkan jika dihantar melalui pos berdaftar atau biasa atau dalam masa dua (2) Hari Bekerja dari hari dihantar jika melalui kurier.

17.3 Anda perlu memaklumkan HLBB/HLISB dengan segera sebarang perubahan butiran peribadi anda, nombor telefon atau telefon mudah alih anda atau mel elektronik anda, alamat surat menyurat dan/atau alamat tempat tinggal secara bertulis atau menerusi Saluran Komunikasi Yang Dibenarkan.
 
18.0 Representasi dan Jaminan berkaitan Pemprosesan Maklumat Peribadi
Anda dengan ini membuat representasi dan jaminan bahawa anda telah mendapat kebenaran semua individu yang dinamakan di dalam permohonan anda untuk Akaun(-akaun) dan Perkhidmatan atau dokumen berkaitan yang diserahkan kepada HLBB/HLISB bagi menyokong permohonan dan/atau representasi tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada para pengarah, pemegang saham, penandatangan yang dibenarkan atau mana-aman individu yang dinyatakan oleh HLBB/HLISB (“Subjek Data Berkaitan”), untuk kutipan, pegangan dan penggunaan HLBB/HLISB berhubung maklumat peribadi Subjek Data Berkaitan menurut Dasar Privasi HLBB/HLISB yang mungkin dipinda dari masa ke semasa.
 
19.0 Pendedahan
Anda dengan ini bersetuju bahawa hak HLBB/HLISB terhadap maklumat dan pendedahan anda adalah menurut Dasar Privasi HLBB/HLISB.
 
20.0 Kebenaran Memproses Maklumat Peribadi
Anda dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran untuk pegangan, kutipan dan penggunaan semua data peribadi yang diberikan kepada HLBB/HLISB oleh anda atau yang diperoleh oleh HLBB/HLISB daripada domain awam, serta data peribadi yang timbul hasil daripada peruntukan Perkhidmatan kepada anda berhubung dengan Akaun anda dan/atau Akaun(-akaun) Pihak Ketiga menurut Dasar Privasi HLBB/HLISB yang mungkin dipinda dari masa ke semasa.
 
21.0 Penyusunan Semula HLBB/HLISB
Kewajipan-kewajipan dan liabiliti-liabiliti anda akan berterusan menjadi sah dan terikat untuk semua tujuan walauapa sekalipun tanpa mengambil kira berlakunya sebarang perubahan disebabkan oleh penggabungan, penyusunan semula atau sebaliknya yang mungkin dibuat dalam perlembagaan HLBB/HLISB atau oleh mana-mana syarikat di mana perniagaan HLBB/HLISB mungkin dijalankan buat sementara waktu dan hendaklah tersedia kepada syarikat yang menjalankan perniagaan buat sementara waktu dan anda bersetuju bahawa perubahan-perubahan tersebut tidak akan mempengaruhi kewajipan-kewajipan dan liabiliti-liabiliti yang dibuat di sini berkaitan dengan apa jua transaksi sama ada pada masa lepas, kini atau masa depan.
 
22.0 Pertanyaan-pertanyaan dan Penyelesaian Pertikaian
22.1 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelangggan kami di:-
Tel: 603-7626 8899 atau Faks untuk: 603-7946 8888

22.2 Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertikaian, sila nyatakan jenis aduan atau pertikaian anda dan ajukan hal tersebut kepada: -

Hong Leong Digital Innovation & Transactional Banking
Level 7, Wisma Hong Leong,
Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Laman Web: www.hlb.com.my / www.hlisb.com.my / www.hongleongconnect.my / www.machbyhongleongbank.com

22.3 Sekiranya anda mahu melaporkan urus niaga yang tidak dibenarkan dilaksanakan pada Akaun anda, anda dikehendaki menyediakan HLBB/HLISB dengan maklumat berikut yang berkaitan dengan transaksi yang dipertikaikan supaya HLBB/HLISB boleh melakukan siasatan lanjut:

(a) Nama anda;

(b) Butiran Akaun yang terjejas akibat transaksi yang dipertikaikan;

(c) Tarikh transaksi yang dipertikai;

(d) Jumlah transaksi yang dipertikai; dan

(e) Sebab (sebab-sebab) mengapa anda percaya bahawa transaksi adalah tidak dibenarkan atau transaksi yang dipertikaikan.

 
23.0 Arahan Tidak Dibenarkan/Penipuan dan Pelanggaran Keselamatan

23.1 HLBB / HLISB tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa arahan penipuan atau tidak dibenarkan, atau apa-apa kerugian (termasuk kerugian akibat), kerosakan atau liabiliti yang dialami dan/atau ditanggung oleh anda sekiranya:-

(a) anda telah bertindak secara penipuan;
(b) anda telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawab berikut: -
  1. untuk melindungi maklumat sensitif perbankan peribadi anda seperti Kod Keselamatan, Gambar Keselamatan dan Soalan Keselamatan dengan mendedahkan atau membenarkan apa-apa maklumat yang dibentangkan secara lisan atau secara bertulis kepada pihak ketiga;
  2. untuk mengambil langkah-langkah pencegahan secara bertanggungjawab untuk mengemas kini dan melindungi komputer peribadi anda, telefon pintar, tablet dan peranti elektronik yang lain bagi memastikan ia bebas malware/virus;
  3. untuk mengambil langkah-langkah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda menukar Kata Laluan, menyemak maklumat perbankan anda dan baki dari semasa ke semasa dan untuk memastikan maklumat perbankan sensitif, Kod Keselamatan, Gambar Keselamatan, Soalan Keselamatan dan peranti keselamatan selamat pada setiap masa;
  4. melaporkan pelanggaran atau kompromi yang disyaki terhadap keselamatan secepat mungkin tanpa mengira lokasi anda selepas menyedari pelanggaran atau kerugian, sama ada secara lisan atau bertulis kepada Khidmat Pelanggan HLBB/HLISB (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 22.1 di sini) atau mana-mana cawangan HLBB/HLISB;
  5. untuk memberikan HLBB/HLISB laporan polis Malaysia rasmi secepat mungkin selepas melaporkan pelanggaran keselamatan kepada HLBB/HLISB; dan/atau
  6. untuk menyediakan HLBB/HLISB dengan semua maklumat yang diperlukan berhubung dengan transaksi yang dipertikaikan dan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 22.3 di sini.
23.2 HLBB/HLISB berhak untuk memulakan tindakan undang-undang dan/atau apa-apa prosiding lain yang difikirkan perlu oleh HLBB/HLISB termasuk membuat laporan seperti yang wajar atau perlu kepada pihak berkuasa yang berkaitan, terhadap Pelanggan yang melengahkan, menghalang dan/atau menyembunyikan maklumat penting dari HLBB/ HLISB, membuat atau cuba untuk membuat tuntutan palsu berkenaan dengan apa-apa transaksi, menyiarkan tuntutan palsu melalui media tradisional atau sosial, dan/atau membuat laporan palsu polis berkenaan dengan apa-apa transaksi.
 
24.0 Cukai Kerajaan dan/atau bayaran, yuran berkanun/peraturan, dan sebagainya
24.1 Yuran dan semua wang lain hendaklah dibayar oleh anda kepada HLBB/HLISB berkaitan dengan Connect termasuk sebarang jumlah pembayaran balik yang perlu dibayar oleh anda kepada HLBB/HLISB, tidak termasuk sebarang cukai, dan akan dibayar tanpa sebarang tolakan, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang tolakan atas sebab sebarang tuntutan balas atau sebarang tolakan atau penangguhan.

24.2 Sekiranya anda diperlukan oleh undang-undang untuk membuat sebarang tolakan atau penangguhan daripada yuran dan/atau semua wang lain yang perlu dibayar kepada HLBB/HLISB berhubung Connect, yang berkaitan dengan sebarang Cukai atau sebaliknya, maka jumlah yang perlu dibayar oleh anda, yang berkaitan dengan tolakan atau penangguhan yang diperlukan itu, hendaklah ditambah supaya yuran bersih dan/atau jumlah bersih wang yang diterima oleh HLBB/HLISB itu nanti adalah bersamaan dengan jumlah yang sepatutnya diterima jika tolakan atau penangguhan yang diperlukan itu tidak dibuat.

24.3 Selain daripada yuran dan semua wang lain yang perlu dibayar, anda akan membayar kepada HLBB/HLISB semua Cukai pada kadar semasa dan/atau jumlah yang ditentukan oleh HLBB/HLISB untuk merangkumi sebarang bayaran/liabiliti/obligasi Cukai berkaitan dengannya, tanpa sebarang tolakan, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang tolakan atas sebab sebarang tuntutan balas atau sebarang tolakan atau penangguhan, selain dari Cukai yang mungkin diperlukan di bawah mana-mana undang-undang yang perlu dibayar oleh anda secara langsung kepada mana-mana Pihak Berkuasa yang Berkenaan, di mana yang akan anda dihantar terus kepada Pihak Berkuasa yang Berkenaan.

24.4 Sekiranya, pada bila-bila masa pelarasan dibuat atau perlu dibuat antara HLBB/HLISB dan pihak berkuasa percukaian yang berkenaan atas sebab sebarang jumlah yang dibayar sebagai Cukai yang timbul daripada sebarang bekalan yang dibuat atau dianggap akan dibuat, atau sebab lain yang berkaitan dengan Connect oleh HLBB/HLISB, mungkin atas budi bicara HLBB/HLISB, pelarasan yang sepadan akan dibuat antara HLBB/HLISB dan anda, dan dalam keadaan demikian, sebarang bayaran yang menyebabkan pelarasan itu akan dilaksanakan.

24.5 Semua Cukai yang perlu dibayar oleh anda kepada HLBB/HLISB sebagaimana yang diperuntukkan di dalam ini akan dibayar mengikut masa dan cara yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB.

24.6 Anda dengan ini bersetuju untuk melaksanakan semua perkara yang munasabah yang diminta oleh HLBB/HLISB untuk membantu HLBB/HLISB mematuhi obligasinya di bawah sebarang undang-undang yang berkenaan di mana Cukai dikenakan. Sekiranya Cukai baharu diperkenalkan dan Cukai tersebut perlu dikenakan atas transaksi yang dipertimbangkan di dalam Perjanjian ini, anda bersetuju untuk memberi kerjasama penuh kepada HLBB/HLISB dalam membantu HLBB/HLISB mematuhi obligasinya di bawah sebarang undang-undang yang berkenaan.

24.7 Bagi mengelakkan keraguan, pihak-pihak bersetuju bahawa apa-apa wang yang kena bayar atau amaun yang akan digunakan dalam pengiraan wang yang kena bayar, yang dinyatakan di tempat lain dalam terma dan syarat ini telah ditentukan tanpa mengambil kira dan tidak termasuk jumlah yang akan ditambah di bawah klausa ini pada akaun Cukai.
 
25.0 Undang-undang
Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia dan anda dengan ini bersetuju untuk patuh kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur atau mahkamah-mahkamah dengan bidang kuasa kompeten yang lain sebagaimana yang HLBB/HLISB boleh pilih atas budi bicara mutlaknya untuk kemukakan dan penyerahan akan sebarang proses undang-undang boleh dilaksanakan dengan apa-apa cara yang dibenarkan oleh undang-undang.